Sungguh menghairankan.Khabarnya dia itu sudah tertambat. Sudah diikat sepanjang Ramadhan ini. Bukan dengar-dengar, malah Nabi SAW sendiri yang memberitahu mengenainya: |
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”
Soalnya, bagaimanakah kefahaman kita tentang hal ini?
Umpamakan syaitan itu seperti anjing yang tertambat. Apakah anjing yang ditambat tidak mampu menggigit? Tentu sahaja bagi mereka yang menjauhi anjing tersebut, akan terselamat dari serangan dan gigitan. Namun, bagaimana pula dengan yang mampir kepada anjing berkenaan? Duduk bersebelahan, mengacah-acah anjing yang geram tertambat? Tidak mustahil manusia dungu ini terkena gigitan, malah gigitan itu mungkin lebih serius kerana anjing sedang kemarahan.

Ramadhan Mengurangkan Potensi Syaitan
Apabila Ramadhan mengikat syaitan dari bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat. Seperti sebutan Nabi SAW pada sepotong hadith al-Bukhari dan Muslim,
“Sesungguhnya
syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah.
Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.
Akan tetapi bagi yang menghabiskan masa Ramadhannya di tempat syaitan tertambat, di lokasi lagha dan maksiat tempat jin bertandang, maka bagaimana? Ketika syaitan tertambat, manusia pula yang mencari-cari syaitan dan mengisi Ramadhan dengan perkara sia-sia kegemaran Syaitan? Tidakkah mereka ini menyerah peha untuk dibaham dan menjadi mangsa?
Dan ketahuilah bahawa punca kejahatan manusia itu ada luar dan dalamnya. Jika anasir asingnya adalah syaitan, sumber paling merbahaya pula adalah hawa nafsunya sendiri.
“Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri?
(Al-Jaatsiyyah : 23)
Kejahatan di bulan Ramadhan adalah kejahatan tulen pilihan manusia. Hampir tiada campur tangan syaitan pada kedurhakaan dirinya. Dia yang memilih untuk jahat lagi keparat. Sebagaimana puasa menjadi ibadah eksklusif antara hamba dan Allah Tuhannya, maka kejahatan di bulan Ramadhan juga akan dibalas secara eksklusif oleh DIA.
Soalnya, di manakah syaitan ditambat? Soalnya di manakah anda bakal menghabiskan masa di bulan Ramadhan ini? Apakah di tempat jin dan syaitan bertandang? Atau di tempat turunnya rahmat Allah pada zikir dan munajat? Hati-hati semasa melangkah. Ingatlah lorong dan liku Jalan Taqwa pesanan Ubai kepada Umar.
0 comments:
Post a Comment