Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

Diari KAMS' 14

Konvensyen Anak Muda Sabah 2014




Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur yang membanting tulang untuk menjayakan program serta peserta yang hadir iaitu mahasiswa-mahasiwa Sabah dari seluruh pelusuk tanah semenanjung yang terdiri daripada kampus UPM, UM, USIM, UMP, UTEM, UMK, IPG dan UIA.


Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dihadiri seramai kira-kira 40 orang, yang bertempat di Masjid UIA Petaling Jaya pada 14-16 Mac 2014 yang lepas. Dihadiri juga oleh penceramah-penceramah hebat, antaranya Mohd Sayuti Omar (Merah Tinta MSO), penganalisa politik terkenal tanah air.



"Dihadiri juga oleh penceramah-penceramah hebat, antaranya Mohd Sayuti Omar (Merah Tinta MSO), penganalisa politik terkenal tanah air.."


Antara pengisian menarik yang berlangsung sepanjang program ini ialah pembentangan kertas kerja Isu Kalimah Allah, kertas kerja PATI malah kertas kerja mengenai isu kemiskinan di Sabah. Di samping itu, peserta juga berpeluang mengasah bakat dan kemahiran melalui gaya berfikir dan bercakap serta "teamworking", malah berpeluang mengikuti flashmob anak muda Sabah, aktiviti-aktiviti yang julung-julung kali diadakan oleh anak Sabah di Tanah Semenanjung.


Dengan harapan program ini adalah titik tolak akan berlakunya perubahan di negeri Sabah, baik dari segi sosial, kebajikan mahu punn politik, yang mana akan diterajui oleh anak muda Sabah sendiri, tepatlah dengan temanya "Anak Muda Memacu Masa Depan Sabah"


Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada anak Sabah. Semoga bertemu lagi di KAMS akan datang!

Wednesday, February 26, 2014

Program "Salju Kinabalu"

Salamalaik..,
apa khabar warga pembaca semua, semoga sentiasa dan semakin sihat hendaknya,

In Sya Allah, bersempena dengan start semester MARSIS cawangan melaka akan mengadakan program "Salju Kinabalu" yang antara tujuan ialah mengumpulkan anak-anak borneo yang berada di melaka khususnya dan semenanjung am nya, pun begitu ia juga terbuka kepada seluruh warga mahasiswa di malaysia..

Jesteru, kami menjemput dan berharap semua kawan-kawan mahupun kawan kepada kawan untuk datang join seprogram "Salju Kinabalu" agar ianya dapat membekukan hati-hati dengan azam untuk teruskan Dakwah dan Ukhuwah yang padu demi Islam.

MARSIS Prihatin, Dekat di Hati
M16 (Marsis Melaka)

Saturday, January 11, 2014

Program Terdekat MARSIS # Januari 2014

Assalamualaikum w.b.t

Program yang akan berlaku pada bulan (JANUARI) ini adalah seperti berikut:

MARSIS PUSAT

1. Usrah Anak Muda Sabah Vol 2 ,

MASA: 9pm
TEMPAT: MASJID UPM
PIC: Syarif (0148751236)



2. Pengajian Hadis Janda Baik 13-26 Januari 2014

Assalamualaikum.

Sempena cuti semseter IPTA bulan Januari hingga Februari 2014 ni,
Lajnah Tarbiah MARSIS akan menganjurkan Daurah Pengajian Hadis di Darusunnah, Janda Baik Pahang.

13-26 Januari 2014
Tempat dan penginapan percuma!
Terhad kepada 40 Orang sahaja!
Perbincangan hadis sekitar Fiqh, Aqidah, Akhlak, dan ilmu hadis

Dialu-alukan untuk pelajar Sabahan atau Sarawak yang tidak pulang ke tempat asal pada cuti semester ni.

SILA HANTAR MAKLUMAT PENDAFTARAN:
-NAMA PENUH
-IC
-KAMPUS
-TARIKH KEHADIRAN MULA DAN SAMPAI BILA dalam program Daurah ni
-MAKLUMAT KENDERAAN (ADA/TIDAK)

selewatnya 31 Disember 2013 ni



Aktiviti Anjuran cawangan MARSIS:

1. MARSIS UIAM

Program Kembara Syahadah ke Pedalaman Sabah, bersama Ust. Fadli Yusof

Objektif:

1. Mengkaji Mekanisme & Keperluan Dakwah Non Muslim Di Sabah
2. Melatih Daie meneroka pedalaman Sabah untuk berdakwah
3. Mengumpul maklumat pengislaman Sabah.

13 - 19 hb Januari

Bantuan Kewangan diperlukan untuk Program ini:

Dana boleh di salurkan menggunakan Akaun Sdr. Siti Azimah Rupilen(PIC CAWANGAN UIAM):

14162020764898 Bank Islam 

Sila Bank In dan Nyatakan Jumlah yang diinfakkan untuk tujuan mengelak daripada masalah.Hubungi beliau 0132334707 ..


Semoga Jadual Perjalanan kesemua program Bulan ini diberkati ALLAH...




Program Terdekat MARSIS # Januari 2014

Assalamualaikum w.b.t

Program yang akan berlaku pada bulan (JANUARI) ini adalah seperti berikut:

MARSIS PUSAT

1. Usrah Anak Muda Sabah Vol 2 ,

MASA: 9pm
TEMPAT: MASJID UPM
PIC: Syarif (0148751236)



2. Pengajian Hadis Janda Baik 13-26 Januari 2014

Assalamualaikum.

Sempena cuti semseter IPTA bulan Januari hingga Februari 2014 ni,
Lajnah Tarbiah MARSIS akan menganjurkan Daurah Pengajian Hadis di Darusunnah, Janda Baik Pahang.

13-26 Januari 2014
Tempat dan penginapan percuma!
Terhad kepada 40 Orang sahaja!
Perbincangan hadis sekitar Fiqh, Aqidah, Akhlak, dan ilmu hadis

Dialu-alukan untuk pelajar Sabahan atau Sarawak yang tidak pulang ke tempat asal pada cuti semester ni.

SILA HANTAR MAKLUMAT PENDAFTARAN:
-NAMA PENUH
-IC
-KAMPUS
-TARIKH KEHADIRAN MULA DAN SAMPAI BILA dalam program Daurah ni
-MAKLUMAT KENDERAAN (ADA/TIDAK)

selewatnya 31 Disember 2013 ni



Aktiviti Anjuran cawangan MARSIS:

1. MARSIS UIAM

Program Kembara Syahadah ke Pedalaman Sabah, bersama Ust. Fadli Yusof

Objektif:

1. Mengkaji Mekanisme & Keperluan Dakwah Non Muslim Di Sabah
2. Melatih Daie meneroka pedalaman Sabah untuk berdakwah
3. Mengumpul maklumat pengislaman Sabah.

13 - 19 hb Januari

Bantuan Kewangan diperlukan untuk Program ini:

Dana boleh di salurkan menggunakan Akaun Sdr. Siti Azimah Rupilen(PIC CAWANGAN UIAM):

14162020764898 Bank Islam 

Sila Bank In dan Nyatakan Jumlah yang diinfakkan untuk tujuan mengelak daripada masalah.Hubungi beliau 0132334707 ..


Semoga Jadual Perjalanan kesemua program Bulan ini diberkati ALLAH...




Friday, January 10, 2014

Memaknakan Masa Muda


Program Baktisiswa Di Pulau Pangkor 



Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (gambar1)



Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (Gambar 2)



Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 1)



Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 2)


Para Ibu Kampung Debut Langsat 


Ini acara mengupas kulit kelapa tua!..pertama kali dengar bah..Program Kempen Membaca punya sukaneka..inikali la..


Merancang program kemasyarakatan adalah sesuatu yang sangat menjadi kegilaan saya sejak melepasi TIngkatan 5. Ketika di matikulasi UIAM (2009)saya begitu teruja kerana sempat merancang satu program Jelajah Dakwah Sabah meliputi kawasan Beluran- Kundasang- Ranau. Bermula saat itu, saya sentiasa ingin melibatkan diri dengan program-program yang bersifat ‘travelling’.

Tahun 2010, saya meneruskan pengajian di UIAM. Taman Ilmu dan Budi. Semester kedua saya dipilih menjadi Exco Maruf Club, Perhubungan Awam. Tugasan khas saya ialah merancang program baktisiswa ke Sabah. Satu tugasan yang agak menyeronokkan. Saya terlalu teruja. Dengan kerjasama semua terutama Head Exco Perhubungan Awam bertungkus lumus untuk menjayakannya. Akhirnya direalisasikan pada Hari Raya Haji 2011. Lokasi terpilih ialah Kampung Debut langsat, terletak di kawasan Ranau.

Aktiviti menarik ketika ini ialah aktiviti keluarga angkat, raya korban,sukaneka. Seronok melihat masyarakat Sabah melayan tetamu istimewa daripada daratan seberang Laut China selatan.

Sebelum menjayakan misi ke Sabah, saya menjadi peserta kepada program Baktisiswa ke Pulau Pangkor, anjuran Mahallah Asma'.

Tahun 2012 saya sekali lagi terlibat untuk melaksanakan baktisiswa ke Sabah. Kali ini di Kampung Johan Jaya, kampung saya sendiri. Tempat ini saya yang pilih kerana saya pernah berazam, kalau mahu buat baktisiswa biarlah di tempat sendiri selepas ini. Akhirnya Allah makbulkan. Antara program menarik hati ketika ini ialah pengisian di sekolah rendah dan persembahan peserta selain aktiviti Keluarga angkat.
Kami sempat menziarahi Ranau dan Kundasang. Ladang Teh dan Rumah keluarga saya di Kundasang. Ada satu destinasi lagi yang tidak sempat diziarahi…lading Lembu, Desa Cattle di Mesilou.

Tahun 2013 ini Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk melaksanakan lagi Bakti kemasyarakatan , kali ini entah memang takdir, saya berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Rakan Daie Muda Ranau(RDM), Persatuan Siswazah Sabah(PSS) ranau dan beberapa NGO lain. Saya ketika ini mewakili UIAM, MARSIS sekali.

Apa yang dapat dikongsi ialah, semasa melaksanakan program ini, aktiviti menarik ialah agenda memantau tahap pembacaan kanak-kanak kampung Debut, yakni lokasi program pada tahun 2011 lepas. Lebih kurang sebagai program susulan. Misi kami ketika ini adalah Kempen Membaca dan Simbolik Pembinaan perpustakaan mini di sana. Pengisian baru yang dibuat ialah persembahan dari semua keluarga bersama anak angkat pada malam terakhir meninggalkan kesan seribu kenangan pada semua yang terlibat.

Sangat mengharukan kerana sokongan masyarakat amat-amat memberangsangkan. Progrm ini mendapat perhatian daripada pemimpin tempatan. Alhamdulillah.

Saya berharap agar program sebegini boleh diperbanyakkan agar anak muda terus memiliki aktiviti berfaedah yang boleh dibuat dan mengurangkan masa untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti menghabiskan masa depan FB, melepak dengan kawan-kawan, membuat jenayah atau apa-apa yang seumpamanya. Bagi saya memikirkan gerak kerja dakwah atau kemasyarakatan sebegini lebih baik daripada membuat kerja sendiri-sendiri.

Saya mewakili MARSIS Cosultancy dan sebagai NGO juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjalankan gerak kerja kemasyarakatan ditempatnya dan ingin berkongsi pengalaman boleh berhubung dengan saya atau sesiapa saja yang berkaitan. Moga Allah Redha.

Siti Azimah Rupilen,
Pembangunan Sahsiah dan Modal Insan, MARSIS

Sumbangan buat GAZA


Bismillah wa Alhamdulillah, Marsis Training & Services telahpun memberi sumbangan bantuan kewangan untuk Gaza melalui NGO Muslim Care. Anda pula bagaimana? 

InsyaAllah tak lama lagi, dua wakil Muslim Care dari Malaysia akan ke Gaza iaitu Tuan Zulkifli Wahijan (bendahari) dan Tuan Ridhuan Md Noor (exco) manakala seorang lagi wakil Muslim Care berada di United Kingdom, Tuan Alias. Mereka akan bergabung dengan beberapa NGO dari negara lain dan akan berada di Gaza selama tiga hari. 

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747. 

Selain bantuan segera ini, Muslim Care turut mensasarkan kutipan RM1 juta bagi membantu rakyat Palestin menjelang awal tahun hadapan. Isu Palestin adalah ISU KITA! Sumbanglah apa yang termampu, dalam bentuk apapun - material - kesedaran - dll. Elakkan memperlekeh usaha-usaha sahabat yang lain. Sungguh! kita ini bersaudara. 



Dg Siti Khairunnisa Ismail
Exco Perhubungan dan Penerangan
Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS)

Jelajah Dakwah Sabah - penyeri Ramadhan ummah



Dengan nama Allah yang Maha Mencintai para hambaNya.

10 Ramadhan menjenguk. Jangan saja kita tersipu malu. Harus rasa teruja! gunakan sisa umur kita yang mungkin tidak panjang ini menggali dan menstrategi baki 20 Ramadhan yang akan datang dengan teliti. Jangan saja dipersia dengan tidur - iftar - sahur. Sayang sekali ...

Apa yang pasti, ada satu program yang sedang kami usahakan. Cukup lama perancangan. Jelajah Dakwah Sabah. Ya... sebuah usaha dakwah anjuran Markas Siswa Siswi Islam Sabah yang bertapak di tanah semenanjung. Program ini tidak lama lagi. Oh... 13 hari saja lagi. Program ini umpama, penyeri Ramadhan. Saat-saat yang berlalu hanya memikir dan merancang tentang strategi mendekati ummat kini.




Melihat sahabat-sahabat penggerak program Jelajah Dakwah Sabah bertungkus lumus mencari dana tambahan untuk JDS, turun naik pejabat agama, ulang alik dari Beaufort ke KK, berhubung kepada pihak itu dan ini. Saya cukup tersentuh. Hingga apabila saat-saat yang berlalu tanpa memikirkannya saya rasa bersalah. "Apa sumbangan aku untuk membantu program ini?" - cukup mendebarkan. Tapi saya pasti, usaha itu tidak sia-sia. Moga Allah permudahkan semudah-mudahnya usaha dakwah kami.

katakanlah "pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. DIA memiliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (39:44)

Kepada yang ingin membantu usaha dakwah ini, sumbangan boleh di salurkan ke akaun Bendahari MARSIS 12150005165209 (CIMB atas nama Nur Hidayat Rahmat - 0192966399 )

Kongsi keberkahan Ramadhan dengan ringankan beban insan yang memerlukan. Ramadhan kan, Allah bilang "puasa itu untuk Ku, Aku akan membalasnya" - hadis Qudsi ;) Moga ia menjadi peluang sedekah yang terbaik dalam bulan Ramadhan. 


Dg Siti Khairunnisa Ismail
Exco Perhubungan & Penerangan MARSIS 11/13
10 Ramadhan 1433 H
Tawau, Sabah.

Jelajah Dakwah Sabah 2012


"Kalau hanya berdakwah, kita memang bisa, tapi apakah kita bisa CINTA dengan dakwah? Sedang CINTA itu perlu pengorbanan, waktu, tenaga dan harta" - KH. Rahmat Abdullah.

Dengan nama Allah, menyahut misi Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) iaitu "Memperkasakan program dakwah di peringkat mahasiswa Islam Sabah khususnya" serta "mengoptimumkan penggunaan kepakaran ahli di lapangan masyarakat", MARSIS dengan kerjasama Sabah Care akan mengadakan program jelajah sambil berdakwah. Bermula dari Kota Kinabalu - Ranau - Sandakan - Tawau - Keningau - Sipitang - Beaufort, dan kembali semula ke destinasi asal - Kota Kinabalu.

TANPA YURAN! Ingin menyertai? Maklumat lanjut, sila hubungi Saudari Rosinah - 019 537 2085 . Penyertaan adalah TERHAD

[Nota Usrah] bersama sahabat MARSIS Melaka


[Nota Usrah]

27 Mei 2012.

Alhamdulillah, baru sahaja usai "Rehlah Santai" MARSIS Melaka bersama sahabat-sahabat mahasiswa UTeM, bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka. 3 jam bersama telah berjaya diisi dengan aktiviti yang cukup berkualiti, walaupun masing-masing berperang dengan persiapan terakhir menghadapi peperiksaan dan PSM. 

Moga ALLAH merahmati pertemuan diakhir semester ini. Sehingga bertemu semula di semester akan datang. Barisan pimpinan MARSIS mengucapkan "Jazakallah wa barakallahufikum" atas usaha memperkukuh tali ukhuwwah antara kita, asas kekuatan dan kelangsungan dakwah di Sabah kelak! :)

[Berita] MARSIS sokong pertahan tanah adat.

Keratan HarakahDaily 9 Mac 2012 bertajuk "Mahasiswa Sabah sokong pertahan tanah adat" ;

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Markaz Siswa Siswi Islam Sabah (Marsis) menyokong sepenuhnya tuntutan Tabah bagi mempertahankan tanah adat  pada 12 Mac ini sebagai usaha untuk membebaskan rakyat daripada terus dieksploitasi dan diseleweng hak pemilikan tanah adat.

“Bagi menyatakan kebersamaan ini, Marsis sudah menjana golongan mahasiswa Sabah di seluruh Semenanjung untuk menyatakan sokongan terhadap isu ini,” ujar presidennya, Mohamad Matassian Ogus (gambar).

Menurutnya, selain Lembah Klang, ahli yang berada di Pahang, Kelantan, Melaka dan Johor akan turut serta dalam menyebarkan gelombang  kesedaran bahawa hak rakyat Sabah ditindas di negeri sendiri.

Sehubungan dengan itu, tegasnya, pihaknya selaku mahasiswa  Sabah yang berada di Semenanjung inginkan tuntutan tanah adat itu menjadi realiti dan dilaksanakan segera.

Tambahnya, rakyat Sabah kini sudah celik minda dan bukannya lagi boneka untuk diperlekehkan hak pemilikan tanah adat oleh mana-mana pihak.

Justeru, tegasnya Marsis menyeru agar pihak yang berkenan tidak lagi menggunakan kepercayaan rakyat dengan membiarkan hak pemilikan tanah dinafikan secara terang-terangan.

“Kami bertegas bahawa kezaliman mesti dihentikan daripada terus berlaku.

“Sabah itu negeri kita, maka wajarlah bagi semua mahasiswa yang berada di Semenanjung, Sarawak dan luar negara untuk turut sama menolak ketidakadilan yang berlaku daripada terus menyusahkan rakyat,” tegasnya.

Justeru, tambahnya kembalikan tanah adat  atau tanah NCR yang menjadi hak mereka.

_____________________________________________________________

Markaz Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) menyatakan sokongan sepenuhnya tuntutan TABAH bagi mempertahankan tanah adat pada 12 Mac ini dalam Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit).
Penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Sabah bukan sahaja sebagai tindakan zalim malah menunjukkan undang-undang turut dicabuli. Kes ini sewajarnya dipandang serius oleh semua pihak terutama pemerintah bagi menjaga hak rakyat.

Berdasarkan 6 sebab kenapa pertahankan tanah adat yang dikemukakan oleh Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) iaitu:
1) 977 aduan tidak diselesaikan sehingga tahun 2012
2) Tanah adat adalah mutlak rakyat dirampas tanpa sebarang pampasan
3) Alasan pembangunan dan infrastruktur bagi mengaburi mata rakyat
4) Pencerobohan tanah adat sehingga menyebabkan sistem aliran sekitarnya tercemar
5) 632 kes proses permohonan tanah dan geran tanah menjadi kes tertunggak
6) Rakyat kehilangan punca pendapatan apabila tanah mereka dirampas

Berikut antara aduan pencabulan hak tanah adat atau Native Customary Rights Land ( NCR ) yang masih lagi tidak diselesaikan sehingga ke tahun 2012 ini :-

1. Pemprosesan permohonan tanah dan pengeluaran geran, dan lain-lain (Jabatan Tanah dan Ukur Sabah) = 632 aduan
2. Pengambilan Tanah/Land Acquisition (Jabatan Tanah dan Ukur Sabah) = 53 aduan
3. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet sebagai hutan simpan (Jabatan Perhutanan Sabah) = 63 aduan
4. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet kepada SAFODA (Sabah Forest Development Authority) = 23 aduan
5. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang diberikan kepada LIGS/Agropolitan yang diusahakan oleh LIGS (Lembaga Industri Getah Sabah) = 6 aduan
6. Tanah NCR termasuk dalam kawasan SFI (Sabah Forest Industries) = 3 aduan
7. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet kepada SLDB (Sabah Land Development Board) = 3 aduan
8. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet kepada Jabatan Parit dan Saliran = 1 aduan

Apakah itu NCR?

NCR adalah satu undang-undang biasa yang memperuntukkan bahawa hak tanah untuk kaum peribumi di pegang mengikut adat berterusan selepas andaian kedaulatan di bawah peneroka penjajah. Biasanya kerajaan mempunyai akses dalam NCR yang berkaitan dengan pengurniaan hak untuk memiliki peruntukan tertentu tanah bagi tujuan pertanian dan ekonomi.

Dalam keinginan untuk 'membangunkan', Kerajaan Negeri Malaysia dan Sabah telah mengusir beribu-ribu penduduk tempatan dan peribumi Malaysia dari tanah mereka. Tanah mereka dirampas dan sering dijual kepada pihak ketiga perusahaan komersial untuk ladang kelapa sawit dan kilang penapisan. Selalunya, mereka yang telah kehilangan tanah dibiarkan tanpa pembelaan undang-undang atau hak untuk merayu keputusan negeri dan ramai yang telah diabaikan tanpa pembelaan atau pampasan.


Oleh yang demikian, MARSIS bersama front mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan Watch13 akan mengadakan himpunan mahasiswa bangkit mempertahankan tanah adat Sabah pada 12 Mac 2012 ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada jam 12:00 tengahari.
Justeru, semua anak muda khususnya mahasiswa dijemput bersama-sama bagi menyatakan sokongan terhadap 123 Bangkit.


Kemaskini dan disunting oleh,
Exco Perhubungan dan Penerangan MARSIS PUSAT 11/13
Dg Siti Khairunnisa Ismail

[Iklan program] Program Anak Angkat SABAH bersama PSS


Musim cuti sudah pun menyinggah. Ramaikah kamu-kamu yang tercari-cari program anak muda Sabah di Sabah ketika cuti semester ni? Persatuan Siswazah Sabah dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia akan mengadakan program bersama Keluarga Angkat Kg Karambunai.

Aktiviti: Tautan Kasih, gotong royonh, sumbangan Back to School, pemeriksaan kesihatan, sukan rakyat dll.

Tarikh: 20-21 Januari 2012

Tempat: Surau Al Kauthar, Kg Karambunai, Sabah.

Sumbangan dana sempena Program ini bolehlah disalurkan melalui Sdr Azizul Julirin (SU Agung PSS) - sila rujuk poster untuk no.akaun

Jika ada pertanyaan lanjut mengenai program ini, boleh ajukan kepada:-
1. Sdr Lamin Siamir Utc (0132003920)
2. Sdr Mohamad Zul Hilmey (0137143840)

[Aktiviti] Perkabaran dari MARSIS Pantai Timur!

Assalamualaikum geng!

Pengumuman! Untuk pengetahuan semua, atas dasar ingin mengumpulkan mahasiswa SABAH yang belajar di IPTA/S sekitar Pantai Timur, maka beberapa orang sahabat saya telah mencetuskan idea untuk membina satu cawangan MARSIS di Pantai Timur. Hal ini untuk memudahkan pertemuan dengan mahasiswa Sabah disana. Family MARSIS Pantai Timur baru sahaja ditubuhkan sekitar hujung 2011.  Maka, aktiviti yang baru ini adalah hasil dari cetusan idea Family MARSIS cawangan Pantai Timur dengan kerjasama MARSIS Pusat.

Oleh kerana program ini asalnya bukan dibawah rancangan asal MARSIS Pusat, saya memohon maaf kerana lambat untuk mengiklankannya di dalam blog. Maklumlah, masing-masing kita baru usai peperiksaan :)

Maka, bagi mana-mana mahasiswa SABAH sekitar PANTAI TIMUR, anda di jemput KHAS ke program Tautan Ukhuwwah ini.

Dan, bagi mana-mana mahasiswa SABAH yang berada di luar area Pantai Timur, anda semua juga dijemput khas untuk mengikuti program ini  sambil mengisi cuti semester ^_^

Berikut maklumat program;

Tarikh: 19 & 20 Januari 2012
Tempat : Sri Aur Challet, Melawi, Kelantan
Yuran : RM20.00 ( penginapan & makanan ) 2 hari 1 malam

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Andi : 019 800 1306
Rahman : 014 558 6469
Umie : 013 439 0566

Anjuran : Marsis Cawangan Pantai Timur dengan kerjasama Markas Siswa Siswi Islam Sabah Pusat





Disediakan oleh,
Dg Siti Khairunnisa Ismail,
Lajnah Perhubungan dan Penerangan MARSIS Pusat 11/13
dskhairunnisa@gmail.com

Jom sambut Hari Raya Korban bersama Family MARSIS!


Salam Zulhijjah!:) Semoga anda semua masih bersemangat menempuh perjalanan kehidupan. Alhamdulilah, sekali lagi, Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) akan menganjurkan Lambaian Hari Raya Korban (LAMBAN).

Sudah menjadi kebiasaan anak rantau, jaraaaang kita balik ke Sabah, kan?. Atas kesedaran dan ikatan persaudaraan sesama kita, maka MARSIS mahu mengumpulkan  mahasiswa/i SABAH yang tak balik beraya.

Penyertaan ini adalah TERHAD dan ditujukan kepada semua Mahasiswa Islam SABAH yang menuntut di IPTA/S sekitar semenanjung Malaysia. Seluruh mahasiswa/wi SABAH di jemput untuk join bersama. Kali ini, insyaAllah, Family MARSIS akan mengadakan sambutan Hari Raya Haji di dua tempat yang berasingan untuk meraikan sahabat-sahabat semua. Tak tahu mana satu mau pergi? Pilihlah tempat yang hampir dengan kampus anda:

7 November 2011 : KG TEKIR, LABU, NEGERI SEMBILAN. (perkampungan orang asli). 
Untuk turut serta ke LAMBAN Negeri Sembilan, sila hubungi Saudari DAYANG - 013 898 5302.

5 & 6 November 2011 : PANTAI SERI AUR RESORT, BACHOK, KELANTAN.
Untuk turut serta ke LAMBAN Bachok, Kelantan, sila hubungi Saudara ANDI MOHAMMAD - 019 800 1306

INFO LAMBAN  KG TEKIR, LABU, NEGERI SEMBILAN.
Peserta LAMBAN Negeri Sembilan diberi pilihan samada hadir sehari awal (6 November) dan bermalam disana atau hadir pada hari kejadian (7 November). Berikut tentatif yang boleh dirujuk:

YURAN: TIADA

6 November 2011
6:00pm : Berkumpul di KTM LABU

Penginapan: Ada disediakan
Agenda: Persiapan untuk “Lambaian Hari Raya Korban” keesokan harinya

7 November 2011
9:00am: Berkumpul di KTM LABU (bagi peserta yang datang pada 7 November)

10:00am: Program Lambaian Hari Raya Korban bermula

Aktiviti:
- Sesi “Korban” : menyembelih lembu/kambing bersama warga Kampung Orang Asli
- Gotong-royong | Masak-masak :)
- Mengagihkan daging korban kepada orang kampung

6:00pm: Program dijangka berakhir

Pengangkutan: Van ADA disediakan bermula & bertempat di Stesen KTM LABU menuju ke  KG TEKIR, LABU, NEGERI SEMBILAN.

Alert! bagi yang datang menaiki kenderaan awam, sila berkumpul di Stesen KTM LABU pada 9 pagi.

INFO LAMBAN  BACHOK, KELANTAN

YURAN: RM20 (termasuk Makan dan Penginapan sepanjang 2 hari)

5 November 2011
2:00pm : Berkumpul di Pantai Seri Aur Resort
5:00pm – 11pm : Program bermula (Persiapan, Taklimat program, Takbir Raya, MARSIS Talk)

6 November 2011
8:30am: Solat Hari Raya beserta aktiviti
12:00pm : Jamuan Raya berserta aktiviti
5:00pm : Program dijangka berakhir

Manual Perjalanan untuk ke LAMBAN Negeri Sembilan;

Manual Bas:-Naik bas yang berdekatan kampus dan turun di:

1. Terminal Bersepadu Selatan - Ambil keretapi dari "Stesen KTM Bandar Tasik Selatan" menuju terus ke Stesen KTM Labu. Nanti di sana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Kg Tekir)

2. Hentian Putra. Ambil keretapi di Terminal Putra menghala ke Stesen KTM KL Sentral menuju terus ke Stesen KTM Labu.  Nanti disana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Kg Tekir)

Manual LRT:-
Bagi kampus yang berhampiran dengan stesen LRT, ambil stesen LRT yang berhampiran dan turun di Stesen LRT KL Sentral. Kemudian tukar perkhidmatan awam LRT kepada KTM KL Sentral menuju terus ke Stesen KTM Labu. Nanti disana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Kg Tekir)

Manual KTM:-
Bagi kampus yang berhampiran dengan stesen KTM, naik stesen KTM yang berhampiran dan turun di Stesen KTM LABU. Nanti disana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Kg Tekir).
 
(*) Untuk Manual Perjalanan LAMBAN Bachok Kelantan, sila hubungi langsung Saudara Andi - 019 800 1306



Program akan datang: Hari Raya Haji bersama Family MARSIS!


Scrol blog ini dengan nama Allah :) 

Akan datang! sekitar November ini, insyaAllah Family MARSIS akan mengadakan sambutan Lambaian Hari Raya Korban atau dikenali sebagai LAMBAN. Berkemungkinan besar, LAMBAN kali ini akan diadakan di 3 tempat mengikut zon tertentu iaitu Zon Bangi (sekitar USIM), Zon Pantai Timur dan Zon Utara. Spesifikasi hari, waktu dan tempat masih dalam perbincangan. Bagi mahasiswa SABAH yang tidak balik ke SABAH, all are invited!

Jadi, Mohon doanya ya! moga segala urusan dan gerak kerja kami dan adik-adik yang menguruskan program tersebut di Pantai Timur serta Utara dipermudahkan Allah (ameen...)

Untuk mengetahui BILA dan DI MANA program ini akan berlangsung, pastikan anda rajin-rajin melawati ;

Blog Family MARSIS


 Twitter @Family_marsis

Ada cadangan atau soalan? sila comment dibawah. Terima kasih  (◦˘⌣˘◦)

Catatan IBJ 2011: kelahiran baru "Duta Islam"!

Foto: Khairunnisa
Mari memprogramkan diri dengan teliti

Di dalam konsep Sedekah, si pemberi sedekah lebih banyak menerima (balasan), berbanding si peminta sedekah. Tetapi, di dalam Islamic BORNEO Jamboree, orang yang memberi tarbiah mendapat balasan dari Allah sama banyak dengan orang yang meminta ditarbiah! malah mendapat lebih lagi kerana Allah itu Maha Pemurah.

Apa itu tarbiah?

Penulis Quantum Tarbiah, Pak Solikhin Abu Izzuddin menjelaskan bahawa tarbiah itu ertinya berubah, tetapi perubahan tanpa program dan perencanaan akan gagal. Tarbiah bekerja sebagai langkah pendidikan, pembinaan dan pembentukan peribadi yang teratur, terarah dan sistematik.
"Gagal memprogramkan bererti memprogramkan kegagalan"
Alhamdulillah, pada 14 hingga 16 Oktober yang lalu, MARSIS sekali lagi memprogramkan duta-duta baru Islam yang terdiri dari beberapa mahasiswa BORNEO yang datang dari seluruh kampus semenanjung Malaysia. Tidak lupa juga kepada beberapa mahasiswa semenanjung Malaysia yang turut serta di dalam program BORNEO ini.

Setibanya di kem semanggol pada jam 11.00 malam hari Jumaat.
Objektif asal program ini ialah:

1.Meningkatkan kefahaman asas-asas Islam kepada mahasiswa Sabah.

2.Memberikan bimbingan hala tuju mahasiswa di kampus.

3.Mengeratkan ukhuwah dikalangan mahasiswa Sabah di semenanjung.

4.Memperkenalkan MARSIS sebagai wadah kebajikan Sabah.






Foto: Adibah Dayana
Program IBJ ke 2 paling ramai disertai
Peserta yang tiba hampir mencecah 100 orang. 20 peserta dari KUIN terpaksa menarik diri disaat-saat akhir kerana terpaksa menghadiri program besar kampus. Peserta kali ini disertai oleh mahasiswa UMP, UM, USIM, GMI Bangi, IIC, UKM Bangi, UIA Gombak, IPG Cheras, IPIS Bangi, METC (Malaysia Airlines Engineering Training Centre), KIST, UTHM, UTeM dan UITM Shah Alam.


Foto: Mohd Hasrul
Di antara objektif program ialah "Meningkatkan kefahaman asas-asas Islam kepada mahasiswa Sabah"

"Iman dan Islam: Apa peranan kita?" di sampaikan oleh Ustaz Zul Amirul, mahasiswa Universiti Malaya.









Melawat kediaman penulis Syed Hussien Al-Attas. Foto: Mohd Hasrul
Allah Maha Hebat dalam merancang

Perancangan asal lawatan dakwah ke perkampungan orang asli Janda Baik tidak kesampaian kerana mereka sedang menguruskan sebuah kenduri perkahwinan. Belum pun sempat melaksanakan back-up plan, Syahira (timbalan pengarah program) terserempak dengan Tuan Syed Hussein Al-Attas atau lebih mesra dipanggil Pak Habib. Pak Habib dengan senang hati menjemput seluruh komiti dan peserta IBJ mendengar perkongsian beliau di kediamannya yang digelar University of Life, bersebelahan dengan Kem Semanggol milik Puan Ainon Mohd (PTS).

Foto: Adibah Dayana
Jadilah seorang DUTA ISLAM dimana saja kamu berada.


Perkongsian santai dan ringan. Pak Habib menyentuh tentang Adab seorang Muslim. Dimana pun kita berada, tunjukkan yang kita ini seorang Muslim. Bukan hanya pada pakaian, tapi pada perbuatan.
Foto: Mohd Hasrul
Pengalaman peserta

Selepas explorace dakwah, salah seorang pimpinan MARSIS, Saudari Rusinah bertanya kepada peserta, "Siapa di antara kalian yang pertama kali bersolat diatas tanah?"

Salah seorang daripada peserta dengan penuh semangat memberikan respon;

"mula tu, saya ragu-ragu jugak kak, tapi sekarang, baru saya tahu yang solat tu boleh dilakukan dimana saja (selain masjid, surau, rumah), yang penting tempat tu suci dari najis"


Moga pengalaman yang sedikit ini mampu memasakkan fikrah kepada para peserta tentang ISLAM itu MUDAH.

Foto: Mohd Hasrul
Medan latihan menjadi DUTA ISLAM

Bila ditanya, apa harapan kamu selepas datang ke program ini. Respon terbaik yang diterima; 
"Sabah perlukan lebih ramai lagi pemuda-pemuda seperti kita"
Selepas melalui dua Akrab discussion, peserta mula mendapat pencerahan tentang;

1. Apa yang SABAH perlukan.

2. Apa yang mereka perlu "jadi" untuk membantu SABAH.




3. Program apa dan dimana yang mereka boleh ikuti dan berkhidmat di SABAH.

4. Saluran untuk mengikuti perkembangan dakwah dan siasah di SABAH.

Saya sendiri berbincang dan mendengar perangkaan idea serta harapan mereka. Dengan itu, dapat saya simpulkan bahawa mereka telah bersedia untuk menjadi DUTA ISLAM sekembalinya mereka ke SABAH kelak. Saya juga berharap, resolusi yang telah dibentuk hasil dari Akrab discussion tersebut dapat dipraktikkan.

Foto: Khairunnisa
Kami dari pimpinan MARSIS Pusat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Ainon Mohd, pengasas PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd, Tuan Ahmad Jowel Nooh (Pakar Kaunselor), Pak Habib (Penulis),  Ustaz Zul Amirul (Pendakwah bebas - UM), Alumni MARSIS, seluruh penggerak Islamic BORNEO Jamboree, sahabat-sahabat yang datang dari seluruh kampus se-malaysia, Cikpuan Nur Fadhilah Md Daud (Admin ILuvIslam.com sebagai rakan media) dan semua jiwa-jiwa yang hadir dalam rantaian doa disana-sini. Allah pasti dan pasti membalas jasa kalian.



"Ukhuwah Tertaut, Islam dihayati"




Dg Siti Khairunnisa Ismail
Exco Perhubungan dan Penerangan
MARSIS Pusat 11/13