Friday, January 10, 2014

[Aktiviti] Perkabaran dari MARSIS Pantai Timur!

Assalamualaikum geng!

Pengumuman! Untuk pengetahuan semua, atas dasar ingin mengumpulkan mahasiswa SABAH yang belajar di IPTA/S sekitar Pantai Timur, maka beberapa orang sahabat saya telah mencetuskan idea untuk membina satu cawangan MARSIS di Pantai Timur. Hal ini untuk memudahkan pertemuan dengan mahasiswa Sabah disana. Family MARSIS Pantai Timur baru sahaja ditubuhkan sekitar hujung 2011.  Maka, aktiviti yang baru ini adalah hasil dari cetusan idea Family MARSIS cawangan Pantai Timur dengan kerjasama MARSIS Pusat.

Oleh kerana program ini asalnya bukan dibawah rancangan asal MARSIS Pusat, saya memohon maaf kerana lambat untuk mengiklankannya di dalam blog. Maklumlah, masing-masing kita baru usai peperiksaan :)

Maka, bagi mana-mana mahasiswa SABAH sekitar PANTAI TIMUR, anda di jemput KHAS ke program Tautan Ukhuwwah ini.

Dan, bagi mana-mana mahasiswa SABAH yang berada di luar area Pantai Timur, anda semua juga dijemput khas untuk mengikuti program ini  sambil mengisi cuti semester ^_^

Berikut maklumat program;

Tarikh: 19 & 20 Januari 2012
Tempat : Sri Aur Challet, Melawi, Kelantan
Yuran : RM20.00 ( penginapan & makanan ) 2 hari 1 malam

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Andi : 019 800 1306
Rahman : 014 558 6469
Umie : 013 439 0566

Anjuran : Marsis Cawangan Pantai Timur dengan kerjasama Markas Siswa Siswi Islam Sabah Pusat





Disediakan oleh,
Dg Siti Khairunnisa Ismail,
Lajnah Perhubungan dan Penerangan MARSIS Pusat 11/13
dskhairunnisa@gmail.com

0 comments:

Post a Comment