Friday, January 10, 2014

Jom sambut Hari Raya Korban bersama Family MARSIS!


Salam Zulhijjah!:) Semoga anda semua masih bersemangat menempuh perjalanan kehidupan. Alhamdulilah, sekali lagi, Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) akan menganjurkan Lambaian Hari Raya Korban (LAMBAN).

Sudah menjadi kebiasaan anak rantau, jaraaaang kita balik ke Sabah, kan?. Atas kesedaran dan ikatan persaudaraan sesama kita, maka MARSIS mahu mengumpulkan  mahasiswa/i SABAH yang tak balik beraya.

Penyertaan ini adalah TERHAD dan ditujukan kepada semua Mahasiswa Islam SABAH yang menuntut di IPTA/S sekitar semenanjung Malaysia. Seluruh mahasiswa/wi SABAH di jemput untuk join bersama. Kali ini, insyaAllah, Family MARSIS akan mengadakan sambutan Hari Raya Haji di dua tempat yang berasingan untuk meraikan sahabat-sahabat semua. Tak tahu mana satu mau pergi? Pilihlah tempat yang hampir dengan kampus anda:

7 November 2011 : KG TEKIR, LABU, NEGERI SEMBILAN. (perkampungan orang asli). 
Untuk turut serta ke LAMBAN Negeri Sembilan, sila hubungi Saudari DAYANG - 013 898 5302.

5 & 6 November 2011 : PANTAI SERI AUR RESORT, BACHOK, KELANTAN.
Untuk turut serta ke LAMBAN Bachok, Kelantan, sila hubungi Saudara ANDI MOHAMMAD - 019 800 1306

INFO LAMBAN  KG TEKIR, LABU, NEGERI SEMBILAN.
Peserta LAMBAN Negeri Sembilan diberi pilihan samada hadir sehari awal (6 November) dan bermalam disana atau hadir pada hari kejadian (7 November). Berikut tentatif yang boleh dirujuk:

YURAN: TIADA

6 November 2011
6:00pm : Berkumpul di KTM LABU

Penginapan: Ada disediakan
Agenda: Persiapan untuk “Lambaian Hari Raya Korban” keesokan harinya

7 November 2011
9:00am: Berkumpul di KTM LABU (bagi peserta yang datang pada 7 November)

10:00am: Program Lambaian Hari Raya Korban bermula

Aktiviti:
- Sesi “Korban” : menyembelih lembu/kambing bersama warga Kampung Orang Asli
- Gotong-royong | Masak-masak :)
- Mengagihkan daging korban kepada orang kampung

6:00pm: Program dijangka berakhir

Pengangkutan: Van ADA disediakan bermula & bertempat di Stesen KTM LABU menuju ke  KG TEKIR, LABU, NEGERI SEMBILAN.

Alert! bagi yang datang menaiki kenderaan awam, sila berkumpul di Stesen KTM LABU pada 9 pagi.

INFO LAMBAN  BACHOK, KELANTAN

YURAN: RM20 (termasuk Makan dan Penginapan sepanjang 2 hari)

5 November 2011
2:00pm : Berkumpul di Pantai Seri Aur Resort
5:00pm – 11pm : Program bermula (Persiapan, Taklimat program, Takbir Raya, MARSIS Talk)

6 November 2011
8:30am: Solat Hari Raya beserta aktiviti
12:00pm : Jamuan Raya berserta aktiviti
5:00pm : Program dijangka berakhir

Manual Perjalanan untuk ke LAMBAN Negeri Sembilan;

Manual Bas:-Naik bas yang berdekatan kampus dan turun di:

1. Terminal Bersepadu Selatan - Ambil keretapi dari "Stesen KTM Bandar Tasik Selatan" menuju terus ke Stesen KTM Labu. Nanti di sana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Kg Tekir)

2. Hentian Putra. Ambil keretapi di Terminal Putra menghala ke Stesen KTM KL Sentral menuju terus ke Stesen KTM Labu.  Nanti disana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Kg Tekir)

Manual LRT:-
Bagi kampus yang berhampiran dengan stesen LRT, ambil stesen LRT yang berhampiran dan turun di Stesen LRT KL Sentral. Kemudian tukar perkhidmatan awam LRT kepada KTM KL Sentral menuju terus ke Stesen KTM Labu. Nanti disana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Kg Tekir)

Manual KTM:-
Bagi kampus yang berhampiran dengan stesen KTM, naik stesen KTM yang berhampiran dan turun di Stesen KTM LABU. Nanti disana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Kg Tekir).
 
(*) Untuk Manual Perjalanan LAMBAN Bachok Kelantan, sila hubungi langsung Saudara Andi - 019 800 1306



0 comments:

Post a Comment