Friday, January 10, 2014

Minda PIMPINAN : Bulan puasa bulan HARAPAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam ukhwah. Moga semuanya dalam redha Ilahi, sentiasa tenang dan sihat. InsyaAllah. Beberapa hari lagi Ramadhan, bulan puasa akan kunjung tiba. Masa yang semua kita nanti-nantikan, Semua golongan ana-enta, aku-kau, gua-lu, saya-awak, dan i and u pasti menanti-nantikan bulan baraqah ini. Ya, di sana ada harapan. Harapan kepada perubahan ke arah kebaikan, dari yang mahu berhenti merokok sampailah mencari keredhaan Ilahi semuanya menyimpan seribu satu harapan.

Alhamdulillah, harapan itu saja sudah mendatangkan pahala buat diri kita masing-masing. Apatah lagi kita melaksanakannya menjadi suatu yang realiti sudah pasti memberi impak kepada tuan empunya diri. Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, makan sikit pun dah kenyang apatah lagi yang makan banyak. Buat amal sikit pahala banyak apatah lagi beramal berganda-ganda. Justeru sangatlah bertuah bagi mereka yang menyedari akan hakikat dan kelebihan Bulan Puasa ini, sebaliknya sangat malang bagi mereka yang tidak merebut peluang ini dan satu kecelakaan bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat bulan puasa. Apa dia ??? Puasa bro !!! No Excuse bila keadaan diri anda membenarkan.

Semuanya di atas adalah untuk diri saya, si tukang penulis ini sendiri, tiada niat untuk mengajar, sekadar sebagai peringatan bagi kita yang sering lupa. Dari sekecil-kecil lupa, hingga lupa diri kita sebagai hamba kepada sang agung Allah s.w.t.

Akhirnya,
"Bro!!! Lu walau merokok, walau rokok masih kat mulut lu...lu kena simpan perasaan benci kepada rokok... lu mesti kata "saya tak nak merokok".


That is the point, U have setup a simple aim for yourself, that is, u want to change. Begitu juga amal kebaikan, mesti berniat baik, kita kena mulakan dengan niat, bulan puasa ini kita mahu menjaga solat 5 waktu contohnya. lagi solat diawal waktu contohnya, lagi istiqamah mengaji al-Quran. Alhamdulillah penuh dengan niat. Benar, bulan puasa penuh dengan harapan kita sebagai hamba mengharap perubahan yang baik dalam diri kita. Cuma tinggal satu lagi. iaitu CARA. The way we can make all that aimbitions to become true.

Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah, moga Allah menunjukkan jalan terbaik buat diri kita masing-masing, setaraf dengan keupayaan kita agar jalan-jalan perubahan itu kita sedari, kita lihat seterusnya kita bertindak ke arah satu lagi pembaharuan dalam diri kita. 
Orait bro !!! Masa pun dah 'time'. Have to go now. Wassalam. 






*tulisan ehsan ;
Mohammad Saipul Somme, Mahasiswa tahun akhir UNIKL,
merangkap Timbalan Presiden Marsis 2010/2011. Berkenalan lebih lanjut dengan tuan punya artikel di http://ekolabatta.blogspot.com.

0 comments:

Post a Comment