19
Ogos 2010 : Merebut peluang di bulan mubarak, bulan Ramadhan. Lajnah
Dakwah MARSIS dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
berinisiatif untuk menganjurkan KONVENSYEN MARSIS (KONSIS) pada 20 dan 21 Ogos 2010 ini bertempat di Masjid Zubair Al Awwam, Cheras Program ini juga merupakan program tahunan Marsis.
Program
ini dijangka dihadiri kira-kira 70 ahli marsis dari seluruh kampus
semenanjung. Antara tujuan dan matlamat utama KONSIS yang digariskan
kali ini ialah untuk menjadi medan memberi dan kesedaran pentingnya
gerakan dakwah di Sabah, memberikan peluang kepada seluruh ahli marsis
untuk terlibat dalam menggerakkan program dakwah Marsis serta
bersama-sama merencana program dakwah selari dengan kehendak semasa
masyarakat dan akhirnya untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa sabah
tentang teori dan praktikal dakwah yang sebenar.
Pada
KONSIS kali ini, para peserta akan di dedahkan tentang teori dan
praktikal dakwah, situasi Islam di Sabah dan berpeluang merancang dan
menjadi tenaga penggerak program-program dakwah Marsis sepanjang sesi
antaranya Ijtima' Aidilfitri Borneo (IJAB), OPKIM Marsis dan Jelajah
Dakwah Sabah.
Justeru,
semua mahasiswa Islam Sabah, ahli family-marsis dijemput hadir untuk
memeriahkan program kita pada kali ini. Dengan yuran hanya RM5, kita
berpeluang untuk memperolehi pelbagai mutiara ilmu dan pengalaman yang
sangat berharga.
Untuk
pendaftaran dibuka sehingga hari program bermula dan sebarang urusan
pendaftaran bolehlah menghubungi Kak Rosinah (timb Pengarah
KONSIS-o19-5372085) dan bagi urusan pengangkutan, hubungi Norziela (
013-8635302 ).
Jumpa biskita di konvensyen MARSIS hujung minggu ini !
*biskita dalam bahasa brunei bermaksud 'kamu'. Bangsa Brunei merupakan salah satu daripada rumpunan bangsa-bangsa yang ada di Sabah.
*biskita dalam bahasa brunei bermaksud 'kamu'. Bangsa Brunei merupakan salah satu daripada rumpunan bangsa-bangsa yang ada di Sabah.
0 comments:
Post a Comment