Benar inilah realiti. Saya lihat, golongan yang terbaik untuk melakukan
kerja-kerja de-feminisasi, dan de-liberalisasi ini adalah mahasiswa
terutamanya golongan Muslimat.
Dengan ilmu yang cukup, kita mampu
berdialog, menerangkan kepada golongan ini baik Muslim dan bukan Muslim
akan perihal sebenar isu ini.
Sekarang ini, imej political Islam
itu lebih tebal berbanding kelembutan Islam itu sendiri. Masakan tidak,
ramai orang sudah muak dengan pendokong Islam yang pandai beretorik
tetapi masalah komuniti sendiri tidak selesai-selesai juga. Kita gagal
mendidik ahli masyarakat kita dengan berkesan kerana kita sendiri yang
meletakkan benteng pemisahan tersebut! Pemburuan kuasa secara melampau
dan memabukkan telah menghakis kredibiliti kita sebagai pendakwah dan
agen Islamisasi!
Panas.
Walaupun duduk dalam dewan persidangan berhawa dingin, rasa panas
berunsurkan metafizika itu menjalar ke seluruh badan. Mungkin apa yang
sedang saya alami pada waktu tersebut bertentangan dengan fitrah
kefahaman Ad-Din yang kita anuti ini.
Persidangan yang bernama
“Musawah: Global meeting for Equality and Justice in the Muslim Family”
ini sememangnya menimbulkan rasa “panas” yang tidak patut tetapi mereka
nekad perjuangan harus diteruskan!
Dengan semangat juang yang
tinggi, kumpulan feminis liberalis Muslim, Sisters In Islam (SIS) terus
memalu kuat gong “reform” dalam undang-undang keluarga Islam bagi
“membela” golongan wanita Muslim yang terindas dibawah undang-undang
Islam (syariah) yang patriarchy (utamakan lelaki) sifatnya.
Slogan
seperti Equality, Justice, Fairness, Partiarchy, Fundamentalist,
Extremist, Modern dan segala macam lagi kosa kata berbau falsafah
dilontarkan semahu-mahunya oleh para delegasi dalam membincangkan
bagaiamana caranya hendak mengubah undang-undang syariah mengikut acuan
hak asasi manusia tajaan Tamadun Barat.
Memang panas. Bukan saya
sahaja yang rasa begitu, Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya
pun turut sama berkumat-kamit dengan saya di belakang dewan ketika
melihat para delegasi feminis liberalis ini berpencak di atas
pentas.Jangan tanya saya bagaimana dapat masuk ke program tertutup ini.
3
jam saya duduk diam di belakang dewan persidangan mengamati satu per
satu gerak geri bahasa, idea dan sentiment para delegasi yang memegang
mikrofon. Dr. Juanda masih bising dalam diam mengkritik para feminis
liberalis yang sudah naik “syeh” dalam agenda mereka “membela” nasib
wanita Muslim yang “tertindas” oleh undang-undang syariah.
Saya
tak sempat untuk mengajukan soalan-soalan “panas” kepada mereka kerana
rasanya di situ bukan “playing field” kami kaum Adam. We were
outnumbered – literally. Tapi ada eloknya para feminis ini menjawab
soalan-soalan di bawah yang digariskan oleh sahabat-sahabat NGO Islam
saya:
1. Why is the Global Meeting not open to the public since the issues to be discussed are of public interest?
2. What is wrong with Muslim Family Law in Malaysia ?
3. Will the family law you advocate cover gay couples?
4. What is the "contemporary approach" in interpreting the Quran?
5. Are you opposed to the use of Islamic teachings as a source of law and policy?
6.
Are you going to use the UN machinery to pressure the Malaysian
government to bring Islamic Family Law in line with the secular Family
Law?
7. Some of your critics say that you are being funded by
foreigners to promote "liberalisation" of Islam in line with the foreign
policy objectives of the US and certain Western countries. What's your
comment?
8. Who is funding this conference? Foreign funding?
9. Do you want polygamy to be banned and criminalized? What about adultery?
10. What are your views on Islamic inheritance rules?
Kalau
SIS dan para feminis yang beria-ria benar ingin melakukan “reform” itu
dapat menjawab soalan ini dengan baik maka saya yakin dialog yang lebih
bertamadun dan adil dapat dilakukan oleh pihak berwajib.Melihat skala
persidangan ini, disamping promosi di media massa yang meluas, SIS
sekali lagi berjaya menunjukkan mereka mampu menjadi satu “force” dalam
memporak perandakan kefahaman masyarakat Malaysia berkenaan
undang-undang syariah dan juga kedudkan wanita dalam Islam. Pada kali
ini mereka benar-benar memberi impak ditambah pula ketidak pekaan
majoriti gerakan Islam berkenaan isu ini.Kekeliruan dan permasalahan
yang timbul berkenaan isu ini harus dilihat secara objektif oleh semua
pihak. Jangan kita tenggelam dalam emosi tanpa mencari di mana akar
masalah itu sebenarnya.
Pada hemat saya, masalah yang diperjuangkan SIS dan para feminis liberalis ini perlu dilihat dari dua sudut:
1) Agenda hegemoni pemikiran liberalisme agama, dan hak asasi manusia tajaan Barat (ancaman luar)
2) Kelemahan komuniti Muslim dalam menangani permasalahan kekeluargaan dan kefahaman agama ( ancaman dalaman)
Memang
kerja golongan kafir harbi memusuhi Islam secara sistematik melalui
pelbagai cara yang sulit. Kantung kewangan yang banyak memudahkan lagi
gerak kerja mereka di merata dunia Islam. Ini memang sudah jadi
sunnatullah. Yang haq (kebenaran) pasti ditentang batil. Kalau tidak
masakan akan berma’na haq itu.
Tetapi yang sulit dan rencamnya
sebenarnya adalah KITA sendiri yang menjadi pemegang saham dalam isu
ini. Kelemahan komuniti Muslim dalam negara kita telah membuka ruang dan
peluang untuk para kafir harbi ini untuk menjustifikasikan agenda
mereka untuk “reform” kerana BUKTI KEGAGALAN kita sebagai komuniti
Muslim jelas terpampang dalam realiti kehidupan sehari-harian.Kes
tertunggak di makhamah, penceraian yang meningkat secara exponentially,
tekanan kekeluargaan akibat desakan kehidupan etc.
Siapa yang
memperjuangkan nasib kaum Hawa yang tertindas ini? Siapa yang membantu
mereka secara konsisten? Siapa yang mendidik mereka?
Ternyata bukan
kita para pendakwah tetapi mereka golongan feminis liberalis! Mereka
komited membela mangsa-mangsa ini secara konsisten dan inilah hasilnya!
Semua ini menyumbang kepada kanser masalah institusi kekeluargaan
Muslim. Penindasan yang dicanang oleh golongan ini memang benar berlaku
cuma kadang kala diputar belitkan faktanya untuk memperlihatkan
kelemahan kita secara lebih berkesan. Sama macam cerita di Darfur-lah.
Gembar-gembur je lebih tetapi benar-benar bermasalah.
Masalah ini
sebenarnya adalah masalah dalaman umat Islam di Malaysia. Tetapi dalam
era globalisasi maklumat yang pantas, rupa cita masalah itu telah
diangkat ke malakut yang lebih tinggi-dengan saduran sandiwara dan rambu
permasalah yang diperhias dengan cantik oleh golongan feminis liberalis
ini. Maka jadilah ianya satu fenonema sosial yang mana Islam dikambing
hitamkan secara efektif. Orang biasa yang tidak faham Islam, baik Muslim
mahupun bukan Muslim terperdaya secara halus maka bersimpatilah mereka
kepada perjuangan golongan feminis liberalis.
Ya, tidak semua
yang menyokong dan mendokong isu ini sebenarnya “jahat”. Banyak yang
keliru kerana KITA yang mendabik dada sebagai pejuang Islam TIDAK
“ENGAGE” secara efektif dan berhikmah. Ini untuk yang tidak faham-lah -
jahil murakkab – jahil2 (kuasa dua.Golongan ini perlu dididik dengan
berhikmah oleh umat Islam yang faham agar tidak terjerat dalam jaringan
liberalis yang suka memutar belitkan fakta dan kefahaman berkenaan hukum
hakam Islam. Ramai wanita muda, mahupun yang sudah berumur terperangkap
dalam jaringan ini. Mugkin kerana kecetekkan ilmu agama Islam, maka
mereka menjadi keliru dengan realiti tersebut.
Golongan ini masih
boleh diselematkan jikalau kita benar-benar mengambil kisah akan
masalah ini. Tetapi tertnyata perjuangan akar umbi sebegini kurang
menarik perhatian para amilin amal Islami kerana politik kepartian yang
sempit, parochial lebih digemari mereka.Benar inilah realiti. Saya
lihat, golongan yang terbaik untuk melakukan kerja-kerja de-feminisasi,
dan de-liberalisasi ini adalah mahasiswa terutamanya golongan Muslimat.
Dengan
ilmu yang cukup, kita mampu berdialog, menerangkan kepada golongan ini
baik Muslim dan bukan Muslim akan perihal sebenar isu ini. Sekarang ini,
imej political Islam itu lebih tebal berbanding kelembutan Islam itu
sendiri. Masakan tidak, ramai orang sudah muak dengan pendokong Islam
yang pandai beretorik tetapi masalah komuniti sendiri tidak
selesai-selesai juga. Kita gagal mendidik ahli masyarakat kita dengan
berkesan kerana kita sendiri yang meletakkan benteng pemisahan tersebut!
Pemburuan kuasa secara melampau dan memabukkan telah menghakis
kredibiliti kita sebagai pendakwah dan agen Islamisasi!
Pergilah
ke kampus-kampus dan lihat apakah golongan Islamis ini berkawan dengan
budak-budak yang kontemporari? Sangat minimum sekali. Bagaimana nak
memerintah negara kalau satu tahap daripada prinsip sulbah –ya’ni
masyarakat Islam pun tak settle lagi.Melihat Musawah ini begitu rancak
diusahakan, saya rasa inilah peluang gerakan Islam untuk bermuhasabah
kembali manhaj dakwah kita. Benda ini tidak perlu dipolitikkan. Bodoh
kalau kita politikkan perkara yang memerlukan kesatuan ummah. Ini
masalah yang perlu diambil peduli oleh semua orang tetapi disebabkan
golongan Islamis yang lebih bersedia maka amanah itu lebih berat di
pundak mereka berbanding orang awam.Nasihat saya, mahasiswa muslimat,
persiapkanlah diri anda dengan kefahaman yang tajam. Jangan asyik buat
program “syok sendiri” sahaja. Event tak selesaikan masalah sebab antuna
tak campur dengan yang free hair, dan macam-macam lagi!
Nasihat
saya kepada gerakan Islam pula, kendurkanlah tali politik kepartian yang
sempit. Tak ada ma’na menang pilihan raya kalau masyarakat tidak
ditarbiyah dengan baik. Sunnatullah bukan tertegak atas prinsip revolusi
tetapi evolusi. Sikit-sikit mengikut kemampuan masing-masing. Kalau
terus langkah prinsip sulbah tu maka memanglah kelam kabut
semuanya.Masih belum terlambat.
Oleh : Wan Ahmad Faysal (www.rausyanfikir.com)
Thursday, January 09, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment