Salam alayk.. "Montoku & Lihing, Ancaman Remaja Islam". Itulah tajuk
entri yang menghiasi blog penulis kali ini. Bagi suku kaum Kadazan
Dusun non Muslim di Sabah, montoku dan lihing merupaka sesuatu hidangan
yg penting terutama apabila ada majlis-majis keramaian ataupun perayaan.
Kedua-duanya merupakan sejenis minuman yang memabukkan dan termasuk di
dalam ketegori 'ARAK'.
Lihing, minuman memabukkan
Dalam kehidupan yang berbilang kaum di Sabah ini, montoku dan
lihing tidak menjadi masalah bagi umat Islam kerana ia fenomena biasa
untuk menghormati adat dan budaya masyarakat setempat khususnya kaum
kadazan dusun selagi ia dalam kawalan. Namun, apa yang perlu
dikhuatirkan di sini apabila terdapatnya kedai-kedai runcit yang menjual
montoku dan lihing secara terbuka. Hal ini perlu kita lihat secara
serius kerana penjualan barang-barang memabukkan seperti arak memerlukan
lesen dan tidak boleh dijual sewenang-wenangnya.
Penjualan montoku dan lihing tanpa kita sedari memberi ancaman kepada
remaja Islam. Seperti yang kita ketahui, dalam usia remaja inilah
merupakan laluan sukar bagi seseorang individu kerana terdedahnya kepada
gejala-gejala sosial yang merumitkan.
Penulis pernah melalui sebuah kedai runcit yang menjual montoku dan
lihing secara terbuka, apa yang menyedihkan adalah diantara pelanggan
yang membeli minuman ini adalah 4 orang pelajar sekolah menengah yang
lengkap beruniform dan berbeg. Ini satu perkara yang serius!
Tambah-tambahan lagi, pelajar berkenaan dari riak mukanya beragama
Islam. Apabila penulis mendatangi mereka, mereka dengan pantas
menyembunyikan botol minuman tersebut ke dalam beg.
Gejala ini kian menular dan mengancam remaja Islam khususnya di bumi
Sabah. Cuba kita fikirkan, jika perkara ini berlaku di kawasan bandar,
macam mana pula dengan remaja yang tinggal di kawasan luar bandar?
adakah mereka lebih teruk dari ini?
p/s: Semoga pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan dalam
membendung penjualan minuman memabukkan ini. Sesungguhnya arak adalah
raja kejahatan.!!
Thursday, January 09, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment