Thursday, January 09, 2014

Membina Masa Depan Islam

http://www-tc.pbs.org/wgbh/pages/frontline/tehranbureau/images/5-5-1386-4-11-15-58-51-b49e.jpg
Apa sebenarnya yang kita fahami dengan tajuk coretanku pada kali ini? Islam mempunyai masa depan seperti yang selalu kita dengar ke? adakah kita termasuk dalam golongan yang cuba membina masa depan ISLAM?

biarlah persoalan itu kita kongsi bersama dan kita fikir-fikirkan menggunakan akal yang sihat. mungkin ada dalam kalangan pembaca yang 'familiar' dengan 'membina masa depan Islam' dan mungkin pembaca kenal siapa dia Dr Ali Syariati!

otakku pada ketika ini ligat berfikir mengenai suasana kampusku yang begitu mencengkam pelajarnya untuk membuat keputusan dan disisi pelajar pula juga menyengajakan diri di 'mandomkan' . apa punca sebenar kepada sindrom ini? adakah disebabkan kurangnya mengambil tahu mengenai dunia luar?

pada tahun 60-an golongan kampus ini mendapat pengiktirafan daripada marhaen sebagai pembela mereka, dan mahasiswa juga merupakan pegimbang kepada kerajaan. namun kini.. tembok pemisah antara masyarakat kampus dengan golongan masyarakat luar kampus (marhaen) begitu ketara. umpama tembok besar China dan tembok pemisah antara Israel dengan Palestin. yang membezakan antara kedua situasi ini hanyalah kedua tembok ini nampak dengan mata kasar dan tembok yang aku isukan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. melainkan mereka yang peka dengan keadaan masyarakat kampus mutakhir ini.

seperti yang dikatakan oleh Dr Syariati dalam bukunya 'Membina Masa Depan Islam' melahirkan individu yang 'rausyanfikr' (celik hati@pemikiran) tidak semestinya melalui kampus. terkadang individu seperti ini dapat kita temui dicelah-celah longgokan masyarakat yang kurang terdidik.

apa sebenarnya kriteria yang dimaksudkan 'rausyanfikr' itu? mereka ini adalah golongan yang sedar akan masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya pada ketika itu, secara jelas dan tahu akar permasalahannya.

sedarkah kita wahai masyarakat kampus terutama mereka yang mengatakan berada dalam gerakan Islam. sebenarnya pemikiran kita ini masih ada bibit penjajahan sekularism. walaupun kita mengatakan kita menentang hebat sekularisme, liberalisme dan isme-isme yang lain. namun tanpa kita sedari kita juga telah menganut pemikiran tersebut.

buktinya, konsep da'wah kita masih saja kita sempitkan dalam kalangan kelompok kita sahaja. dalam kata lain kita ini sukanya berda'wah dalam keadaan yang selesa. selalu sahaja kita mengatakan masyarakat kampus itu juga masyarakat. ya! memang masyarakat kampus itu adalah masyarakat namun perlu kita ketahui masyarakat marhaen merupakan masyarakat realiti yang didalamnya mempunyai kelompok manusia yang pelbagai dengan dilema yang berbeza dan mereka ini perlu untuk kita dekati.

namun jika berlaku pendekatan seperti ini, ianya akan kelihatan dangkal. perkara rutin yang selalu dilakukan oleh golongan kampus apabila turun kepada masyarakat majmuk di Malaysia hanyalah 'Bakti Siswa', bersama anak-anak yatim dan tujuan utama hanya untuk menimba pengalaman dan tidak ada rasa bertangunggjawab untuk bersama memikul bebanan mereka.yang ada hanya simpati semata-mata.

maka tidak hairanlah jika salah laku dalam kalangan pekerja kolar putih semakin kritikal. ini kerana mereka tidak berpeluang untuk bersama golongan masyarakat yang susah. yang berlaku hanyalah pengelasan sosial dan berlakunya stratifikasi sosial yang semakin meruncing. apabila berada dialam pekerjaan dan bergelar golongan profesionalis, mereka hanya tahu membentangkan teori yang sedap untuk didengar dan apabila waktu untuk melaksanakan, lain pula yang terjadi.

inilah juga yang disampaikan oleh Dr Syariati dalam bukunya bahawa, golongan seperti ulama, ustaz dan sebagainya juga telah menghadapi simpton pengelasan dalam komuniti masyarakat yang mereka diami, tanpa mereka sedari atau sengaja untuk tidak sedar. jika dahulu kita melihat bagaimana golongan ulama begitu mudah untuk didekati, namun pada wakti kini ianya jarang-jarang berlaku.

aduh sungguh hebat penangan seorang penuntut Universiti ini. kasta mereka begitu dominan dalam masyarakat. namun dek kerana hambatan yang berlaku sejak beberapa dekad ini, penuntut Universiti lebih bersifat menuntut ilmu demi kerja bagi mengisi perut dan tuntutan kepuasan.

kita boleh lihat sendiri sosok-sosok yang begitu sinonim dengan gerakan pelajar sewaktu bergelar mahasiswa dahulu. Anuar Ibrahim, Hishamudin Rais, Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dan ramai lagi. namun dalam kalangan mereka sahaja yang rausyanfikr.

mari sama-sama kita mengali nilai ilmu sebenar yang Islam cuba sampaikan pada kita. semoga kita beroleh redhaNYA.

Ukhti Asti Toba

http://bolaapi.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment