Cuba buka minda anda. Cuba fikir dalam-dalam. Fikirkan siapa lagi mad’u anda sebenarnya wahai para du’at sekalian?
Adakah sahabat-sahabat sekampus? Orang-orang tua? Anak-anak remaja? Atau sesiapa sahaja?
Saya timbulkan persoalan ini kerana saya tahu ramai anak-anak muda yang bersemangat waja cuba menyumbang tenaga, jiwa dan raganya demi menegakkan Islam di muka bumi Allah salah satunya dengan cara dakwah Islamiyah. Dan, kebanyakan mereka anak-anak muda yang masih berstatus belum berkahwin. Ooopss…
Jadi, yang sebenarnya saya nak cakap?
jangan kita tinggalkan seorang mad’u ini. Siapa? Bila status si dai’e ini still single dan masih belajar. Biasanya dia akan kata tak bersedia lagi.malas nak fikir dulu. Tapi, apa yang sepatutnya, plan for your future. Plan for your future children sebab mereka juga bakal penyambung mata-mata rantai perjuangan Islam itu sendiri kelak Sebenarnya mad’u yang saya maksudkan adalah future children kita lah ataupun kanak-kanak kecil yang baru berumur 1-5 tahun. Biasanya kita terlepas pandang dengan anak-anak kecil ini. Sebab kita merasakan mereka belum mengerti apa-apa lagi. Jarang orang nak buat program dakwah pada kanak-kanak yang berumur sebegini. Biasanya pun, program dakwah untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Jadi, siapa yang sepatutnya menjadi dai’e kepada si comel si comel ini adalah ibu bapa. Seperti yang saya kata dalam entry saya yang lepas, pembentukan personality dan emosi kanak-kanak itu terbentuk bermula dari mereka masih bayi lagi. Pembentukan personality dan emosi semasa kecil ini akan mempengaruhi future personality mereka. Jadi anak-anak kecil inilah yang lebih memerlukan dakwah Islamiyah. Kita boleh ubah mind setting bahawa ibu bapa bukan sahaja berperanan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak tapi juga sebagai dai’e kepada anak-anak.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik…” [An-Nahl, 16:125]Jika menjadi naqib kita perlu ada skill untuk menarik hati anak usrah, begitu juga ibu bapa perlu mempunyai skill mendidik anak-anak yang masih kecil. Salah satunya, melalui ‘conversation’ berdasarkan buku Life –Span Deveopment oleh John W. Santrock.
“…dan orang-orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran”Menurut buku yang saya maksudkan di atas tadi, “Some children are better than others at understanding people’s feelings and desire, and to some degree, these individual differences are influenced by conversation caregivers have with young children about feeling and desires”. Oleh itu, kita kena tahu kadang-kadang ada kanak-kanak yang dalam lingkungan 4-5 tahun yang mampu memahami perasaan orang di sekelilingnya. Wah, saya dapat rasakan tentu anak kecil ini mudah menjadi matang! Pemikirannya senang dibentuk.
[Al-‘Asr, 103:3].
Tapi bagaimana? Ini bergantung pada didikan daripada ibu bapa. Cuba banyakkan berbual-bual dari hati ke hati dengan anak-anak ini. Ini sebenarnya membantu perkembangan cognition kanak-kanak. Dalam satu kajian psikologi berkaitan “The negative verbal environment and its impact on children”, satu situasi iaitu ibu bapa tidak menghiraukan apa yang ditanya atau kata-kata anaknya yang berada di sebelahnya sahaja.
Walaubagaimanapun, si ibu dan bapa sebenarnya mengalami situasi kelam-kabut ataupun sibuk dengan kerjanya sehingga tidak terlayan anak kecilnya sendiri. Maka berfikiran bukan-bukanlah si comel ini. Dia telah merasakan ibu bapanya tak berminat untuk berbual dengannya dan merasakan dirinya tak berharga. Maka, jangan sesekali kita terabai atau terlepas pandang dengan perasaan dan setiap karenah anak-anak. Mereka sedang mengalami proses pembentukan dari segi banyak aspek. Jadi kita perlu bersabar dengan si comel si comel ini.
Sekali lagi saya tekankan melalui ‘conversation’ adalah salah satu cara membentuk ‘understanding others’ pada diri kanak-kanak sekaligus membantu mereka memahami what happen around. Luangkan masa anda untuk melakukan sharing moment pada anak-anak. Ingatlah, budak bukan sebarang budak. Ramai beranggapan anak kecil berumur 4-5 tahun hanya tahu bermain kereta mainan dan Barbie doll sahaja. Sedangkan dalam kajian, anak kecil berumur sebegini sudah mampu memahami orang disekelilingnya. Mereka sudah boleh di bawa berbual-bual sebenarnya.
Sekali lagi saya nak guna peribahasa ini, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ maka pendekatan Islam itu perlu sejak insan itu mula dilahirkan lagi. setakat berkongsi ilmu dan pandangan. Wallahua’lam…
http://mssyazassyahidah.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment