TAJA SET SELAMATKAN AKIDAH
Maksud firman Allah SWT:
“...
dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga
mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup
(melakukan yang demikian)
dan
sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya
(agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang
yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan
di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya
(selama-lamanya).” (Al-Baqarah:217)
Jumaat
lepas kami menunaikan Solat Jumaat di Kampung Kobuni, Inanam.
Kehadirannya seperti biasa tidak mencecah 35 orang. Apapun usaha
Persatuan Siswazah Sabah (PSS) memohon dan memastikan Solat Jumaat
dibenarkan untuk dilaksanakan di sini adalah usaha yang harus dipuji.
Kalau di kampung sendiri pun Solat Jumaat tidak dapat pergi, masakan
kalau dibuat di tempat lebih jauh lagi dapat dilaksanakan?
Minggu
ini masuk minggu ketiga solat Jumaat dilaksanakan di kampung ini.
Seusai solat, seperti biasa kami duduk berbincang isu-isu semasa bersama
penduduk kampung. Dari isu kerajaan Perak, Elizabeth Wong, sampailah ke
isu evergreen, khususnya di Sabah. Isu murtad. Pengislaman
beramai-ramai zaman USNO di bawah Tun Datu Mustapha sekitar tahun 1975
untuk membolehkan Islam dijadikan agama rasmi negeri Sabah, tetapi tidak
ada susulan pendidikan Islam kepada saudara baru menyebabkan banyak
paksi Islam yang belum sempat ditanam kemas tercabut dari hati penganut.
Isu
murtad bukan isu kecil. Ia melibatkan aqidah, penukaran terus akar dan
pasak kepercayaan dan gugur keyakinan dari keimanan yang tunggal.
Jangankan yang murtad, yang mengaku Islam pun kang kali kung. Tidak
pernah solat, tidak menutup aurat, tidak kenal pun Islam. Anak-anak di
sini, diajar solat, disuruh rukuk, mereka membuat gaya orang sedang
menghisap rokok. Rokok je mereka pernah dengar. Rukuk? Tak pernah!
Paling
menyedihkan, isu murtad bukan berlaku di tempat yang sayup-sayup, tak
tercapai oleh mata telinga. Ia berlaku di laman rumah kita sendiri!
Penduduk Kg. Kobuni menceritakan bagaimana di Kg. Kionsom Kecil, yang
baru didiami oleh 8 buah keluarga, salah satu daripadanya telah murtad!
Kes biasa-suami Islam, isteri ikut masuk Islam untuk kahwin, cerai,
isteri murtad bersama anak-anak.
Begitu juga dengan beberapa
keluarga lain di situ, sedang keluarga-keluarga yang lain sentiasa
terdedah kepada ancaman yang sama, ekoran banyaknya gereja dan hebatnya
gerakan Kristianisasi di situ! Lapar? Kesian. Nah kami beri duit poket
bulanan. Beras nak? Sardin perlu? Ish,ish..teruk juga kehidupan kamu ni.
Orang Islam tak tolong? Kesian. Ramai macam kamu ni. Apa kata kita
pergi jumpa kawan-kawan Ahad ni, bincang-bincang. Kat bawah tu je, dekat
je. Ya, gereja tu. Penduduk bersungguh-sungguh mengharapkan supaya
sekurang-kurangnya sebuah surau kecil dapat dibina di situ, selain kes
murtad tersebut dirujuk kepada pihak sepatutnya. Bukan mereka tidak
melakukan apa-apa, aduan telah dibuat kepada pihak JHEAINS, tetapi tidak
ada tindakan diambil. Ah, orang-orang tua dari kaki gunung ini, abaikan
sahaja..Bukan dia dapat menjejaskan apa-apa..
Sudahlah
asyik melontarkan simpati berterusan kepada anak-anak Palestin yang
kelaparan dalam peperangan, kerana mati mereka dalam keimanan. Usahlah
sibuk membicarakan kemanusiaan dan kezaliman, kerana pergi mereka
mendampingi Tuhan. Susukan dulu anak di halaman, sebelum menyusu kera di
hutan, kerana tanpa susu, anak itu mungkin mati dalam kekufuran!
(PSS
akan mengadakan ziarah ke Kampung Kionsom Kecil bertemu Ketua Kampung
dan membincangkan masalah-masalah yang membelenggu penduduk di sana,
menyampaikan tajaan Set Selamatkan Aqidah daripada anda, dan mengusulkan
kepada JHEAINS supaya diberi peruntukan membina surau di sana dalam
masa terdekat. Kami juga mengalukan sumbangan berbentuk kewangan atau
bahan makanan.)
Akaun CIMB - 12180099132527
Hubungi - 0198110964
* Maklumkan sumbangan anda!
Thursday, January 09, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment