2-4
Julai 2010 : Buat sekalian kalinya, sambutan mahasiswa baru Sabah dan
Sarawak telah berlangsung dengan meriah. Bertempat di LCCT dan KLIA,
sambutan 3 hari ini telah dijayakan oleh tenaga-tenaga penggerak
daripada dua buah persatuan yang menaungi pelajar sabah dan sarawak di
semenanjung iaitu Sekreteriat Mahasiswa Islam Sarawak (SEMISSA) dan
Markas Mahasiswa Islam Sabah (Marsis).
Sambutan
yang saban tahun dijalankan ini sejak tahun 2003 lagi menunjukkan
perkembangan yang positif. Rata-rata mahasiswa baru yang ditemui masih
belum mengenali MARSIS dan SEMISSA. Namun, respon yang cukup baik diterima daripada mahasiswa baru ini.
"Saya
belum pernah mendengar tentang MARSIS, sebelum ini. Namun, cukup baik
jika ada persatuan yang mengumpulkan anak-anak Sabah yang belajar
disemenanjung" respon salah seorang mahasiswa Sabah apabila ditanyakan
tentang Marsis.
Hendri
Hamsah, Presiden Marsis apabila ditemui di LCCT menyatakan "Tujuan
utama kita mengadakan sambutan ini saban tahun, adalah memastikan
kebajikan mahasiswa baru yang baru menjejakkan kaki ke bumi semenanjung
terjaga. Seringkali berlaku, mahasiswa yang mengalami masalah seperti
kurang arif selok belok untuk menuju ke tempat pengajian. Ini yang perlu
kita bantu."
Beliau
menambah, "Di harapkan selepas ini, kita dapat mengumpulkan mahasiswa
sabah, sarawak yang belajar di semenanjung untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim sesama mahasiswa yang berada diperantauan dan
pelbagai aktiviti dan program yang menarik akan di adakah khusus untuk
mahasiswa sabah dan sarawak"
Sambutan
3 hari tersebut berakhir dengan lancarnya dan diharapkan selepas ini
akan ada aktiviti susulan yang menghimpunkan mahasiswa baru sabah
sarawak. Untuk lebih mengenali MARSIS dan SEMISSA. Bolehlah melawati
blog rasmi MARSIS (http://family-marsis.blogspot.com) dan SEMISSA
(http://semissa.blogspot.com).
Salam perkenalan dan Selamat Menempuh Alam Kampus dari MARSIS dan SEMISSA buat ANDA !
0 comments:
Post a Comment