Thursday, January 09, 2014

Jom sambut adik-adik baru ! (OKTI 2010)


Semoga semua keluarga Marsis sentiasa sihat dan bahagia walau dimanapun anda berada. Untuk makluman program OKTI akan berlangsung pada 2,3 dan 4 Julai ini akan beroperasi di dua tempat iaitu LCCT dan KLIA.

Program ini akan kita pecahkan kepada 2 sesi iaitu 2/3 Julai dan 3/4 Julai iaitu bermula pada pagi Jumaat dan berakhir pada tengahari Ahad.

Hari Khamis ini, secara tidak rasminya kita akan menyambut adik-adik Sabah seramai 24 orang yang akan mendaftar di kampus UM KL.

Justeru itu, barisan pimpinan Marsis menjemput semua keluarga Marsis untuk melibatkan diri samada membantu dari segi publisiti, tenaga kerja dan idea agar program ini akan berjalan dengan lancar.

Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Sdr. Wan Azman selaku
pengarah program OKTI'10 (013 6323394 )

Sekian dulu, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment