Sunday, March 16, 2014

Diari KAMS' 14

Konvensyen Anak Muda Sabah 2014




Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur yang membanting tulang untuk menjayakan program serta peserta yang hadir iaitu mahasiswa-mahasiwa Sabah dari seluruh pelusuk tanah semenanjung yang terdiri daripada kampus UPM, UM, USIM, UMP, UTEM, UMK, IPG dan UIA.


Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini dihadiri seramai kira-kira 40 orang, yang bertempat di Masjid UIA Petaling Jaya pada 14-16 Mac 2014 yang lepas. Dihadiri juga oleh penceramah-penceramah hebat, antaranya Mohd Sayuti Omar (Merah Tinta MSO), penganalisa politik terkenal tanah air.



"Dihadiri juga oleh penceramah-penceramah hebat, antaranya Mohd Sayuti Omar (Merah Tinta MSO), penganalisa politik terkenal tanah air.."


Antara pengisian menarik yang berlangsung sepanjang program ini ialah pembentangan kertas kerja Isu Kalimah Allah, kertas kerja PATI malah kertas kerja mengenai isu kemiskinan di Sabah. Di samping itu, peserta juga berpeluang mengasah bakat dan kemahiran melalui gaya berfikir dan bercakap serta "teamworking", malah berpeluang mengikuti flashmob anak muda Sabah, aktiviti-aktiviti yang julung-julung kali diadakan oleh anak Sabah di Tanah Semenanjung.


Dengan harapan program ini adalah titik tolak akan berlakunya perubahan di negeri Sabah, baik dari segi sosial, kebajikan mahu punn politik, yang mana akan diterajui oleh anak muda Sabah sendiri, tepatlah dengan temanya "Anak Muda Memacu Masa Depan Sabah"


Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada anak Sabah. Semoga bertemu lagi di KAMS akan datang!

0 comments:

Post a Comment