Assalamualaikum buat semua adinda dan sahabat yang kembali meneruskan
pengajian dan pengembaraan pada semester kali ini.Ahlan wa sahlan juga
saya ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baru Sabah yang
berjaya meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi
masing-masing.Nyata,usaha yang dilakukan dan cita-cita yang diimpikan
semenjak sekolah lagi semakin bersinar dengan cemerlang.
Teringat saya kepada firman Allah yang
bermaksud :
“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan
sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan
kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan
peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya ” –
Surah Al-Baqarah,ayat 269
Ilmu ini adalah anugerah daripada Allah buat
semua hambaNYA.Tambah-tambah lagi kepada yang beriman dan bertaqwa
kepadaNya.Pencarian ilmu tidak terhad dalam bilik kuliyah sahaja atau
dikampus.Ulama’ terdahulu lebih banyak bermusafir dan mencari sumber
ilmu selain daripada pengajian utama.Kita adalah musafir yang berkelana
atas tanah ini untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat bukan hanya kepada
diri kita sendiri tetapi bernilai dan bermanfaat kepada yang lain
juga.Islam sangat menuntut kita agar tidak berputus asa dalam
mendapatkan rahmat dan maghfirah daripadaNya.Cara terbaik adalah dengan
menjadikan ilmu sebagai usaha untuk menghampiri cinta Allah.
Sehubungan dengan itu,saya dan seluruh
kepimpinan MARSIS Pusat sekali lagi mengalu-alukan kedatangan para
musafir ilmu ke Semenanjung,Sarawak dan Luar Negara dengan harapan agar
ilmu yang kita pelajari dapat dimanfaatkan untuk Islam di negeri kita
nanti.Mudah-mudahan doa dan nasihat yang ibu bapa kita titipkan
mengiringi kita sepanjang hayat dan kesempatan yang diberikan kepada
kita.
Akhir kalam,sekali lagi “ Ahlan Wa Sahlan Wa
Marhaban Bikum ” dan tidak terlewat untuk mengucapkan “ Selamat Hari
Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin ” kepada semua mahasiswa samada
baru mahupun yang lama.Bersama kita meneruskan misi perjuangan
Rasulullah agar menjadikan ilmu sebagai saham akhirat yang bernilai
disisi Allah.Insya’ Allah.
Wassalam.
Siti Rosinah,
Timbalan Presiden MARSIS.
Friday, January 10, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment