Bismillahirrahmanirrahim...
Syukur kehadrat Allah s.w.t diatas segala pertolongan dan kasih sayangNya maka Islamic Borneo Jamboree (IBJ'10) telah selesai dengan jayanya. Program yang bermula pada 12-15 Februari 2010 bertempat di Kem Semanggol, Janda Baik, Pahang telah berjaya mengumpul seramai lebih kurang 100 orang Mahasiswa Sabah dan Sarawak.
Syukur kehadrat Allah s.w.t diatas segala pertolongan dan kasih sayangNya maka Islamic Borneo Jamboree (IBJ'10) telah selesai dengan jayanya. Program yang bermula pada 12-15 Februari 2010 bertempat di Kem Semanggol, Janda Baik, Pahang telah berjaya mengumpul seramai lebih kurang 100 orang Mahasiswa Sabah dan Sarawak.
Para peserta dan ajk sedang sibuk mendirikan khemah.
Melalui kehadiran para peserta yang datang dari pelbagai
Universiti menjadikan suasana dikalangan peserta bertambah ceria dan
harmoni. Tidak terkecuali beberapa orang sahabat semenanjung yang
turut ikut serta bersama menjayakan program IBJ'10. Pelbagai ragam dan
gaya, identiti dan perwatakan menjadikan program kali ini sesuatu yang
sangat istimewa.
Hari pertama, Jumaat telah dimulakan dengan aktiviti perkenalan diantara ajk dan para peserta.Beberapa modul perkenalan dijalankan untuk merapatkan ukhwah sesama peserta dan ajk. "InsyaAllah" moga semua peserta akan terus mengekalkan ukhwah tersebut.
13/02/2010,
Sabtu - Program dimulakan dengan Qiamullail, selesai solat diteruskan
dengan Quranic Group dikalangan ahli setiap kumpulan. Pagi yang nyaman,
diisi dengan sedikit senaman ringkas, sarapan pagi kemudian kuliah yang
diberikan oleh En. Ahmad Jowel. Tidak kering gusi para peserta
mendengar kuliah bersahaja yang diberikan kepada para peserta. Semoga
segala ilmu yang diberikan dapat difahami dan dipraktikkan pada masa
akan datang.
Aktiviti
Debat diteruskan dengan memfokuskan gejala Kristianisasi di Sabah dan
Sarawak. Perbincangan yang serius dan teratur telah ditunjukkan oleh
para peserta. Tidak terkecuali dengan gaya-gaya istimewa para pembahas.
Masing-masing dengan hujah dan pendapat bagi menyokong pendirian setiap
kumpulan.
"Masuk...silakan..."
Kuliah
ke-2 disampaikan oleh Ust. Fathi Yusof menyentuh tentang akidah Islam.
Sebagai seorang pendakwah kita perlu jelas tentang akidah Islam agar
mudah untuk kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam.
Bersambung... akan datang dengan gambar-gambar menarik sepanjang hari pertama dan kedua program... nantikan ya... sekian,terima kasih.
0 comments:
Post a Comment