Friday, January 10, 2014

[Event] Perkhemahan Islamic BORNEO Jamboree 2011

Salam Zulkaedah!:) Semoga anda semua masih bersemangat menempuh perjalanan kehidupan. Alhamdulilah, sekali lagi, Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) akan menganjurkan Perkhemahan Islamic BORNEO Jamboree pada 14-16 Oktober 2011 (3 Hari 2 Malam) bertempat di Janda Baik, Kuantan. Yuran : RM10.

Bagi anda yang rindu dengan aktiviti lasak, rindu dengan aktiviti dakwah ke kawasan orang Asli, rindu dengan kesejukan dan kesegaran udara gunung Kinabalu. Mari bersama dengan MARSIS, program ini khas untuk anda !!!! 

Penyertaan ini adalah TIDAK terhad dan ditujukan kepada semua Mahasiswa Islam BORNEO yang menuntut di IPTA/S sekitar semenanjung Malaysia. Seluruh mahasiswa/wi BORNEO (Sabah , Sarawak & Labuan) di jemput untuk join bersama. Kali ini, lebih ADVENTURE, lebih MENCABAR, lebih MENARIK & TERTARIK... Cepat !! jangan lepaskan peluang ini... Mari bersama-sama mengukir sejarah bersama MARSIS. 

Alert! Kita akan berkumpul di Stesen LRT Taman Melati pada jam 5:30 petang.

Pengangkutan ke lokasi: Bas ADA disediakan bermula & bertempat di Stesen LRT Taman MELATI untuk ke lokasi utama (Janda Baik).



Manual Bas:-Naik bas yang berdekatan kampus dan turun di:

1. Terminal Bersepadu Selatan - Ambil keretapi dari "Stesen KTM Bandar Tasik Selatan" turun di Stesen KTM KL Sentral. Dari KL Sentral ambil LRT dan turun di Stesen LRT Taman Melati. Nanti di sana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Janda Baik)

2. Hentian Putra. Ambil keretapi di Terminal Putra menghala ke Stesen KTM KL Sentral. Dari KL Sentral ambil LRT dan turun di Stesen LRT
Taman Melati. Nanti disana akan ada BAS yang telah disediakan untuk ke Lokasi (Janda Baik)

Manual LRT:-
Bagi kampus yang berhampiran dengan stesen LRT, ambil stesen LRT yang berhampiran dan turun di Stesen LRT
Taman Melati.

Manual KTM:-
Bagi kampus yang berhampiran dengan stesen KTM, ambil stesen KTM yang berhampiran dan turun di Stesen KTM KL Sentral. Kemudian, tukar perkhidmatan awam KTM kepada LRT. Ambil LRT di KL Sentral dan turun di Stesen LRT
Taman Melati.


Pendaftaran: Kini, ada dua kaedah untuk mendaftar. Anda boleh mendaftar secara ONLINE atau langsung hubungi Unit Pendaftaran IBJ:

1. Daftar secara ONLINE, sila klik gambar di bawah ;


2. atau hubungi Unit Pendaftaran IBJ 2011 : Sdri. Nurul Azizah binti Bidin (013 2223439) atau Sdri. Darni binti Azlan (014 8605845)

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pengarah IBJ 2011, Sdri Salleh, (013 8922076) atau Exco Perhubungan & Penerangan MARSIS, Dayang (013 898 5302).


Layari 
>> {VIDEO} Kenangan IBJ yang lalu
Disediakan oleh: Dg Siti Khairunnisa Ismail (Exco Perhubungan & Penerangan MARSIS 11) 

0 comments:

Post a Comment