Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum, terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat MARSISian
semua dan pengunjung blog ini..tentang tema kita bulan Dzulhijjah
ini..Iaitu sambutan maulidurrasul..9 Jan 2013..
Apa yang menarik?
Majlis Malam Cinta Rasul ini dianjurkan oleh beberapa badan kerajaan dan
syarikat yang bukan alang-alang kata orang Sabah. Yang paling best,
dirakam oleh TV Al-Hijrah. Dihadiri oleh Tim Perdana Menteri, Tan Sri
Muhidin Yasin..JAKIM, JAWI, dsbg..
Kami , yakni saya dan sahabat bertolak ke sana sebelum Maghrib kerana
takut terperangkap dalam kesesakan jalan..Maklumlah hari bekerja ni
sesak banyak..
Kami lepak di surau stadium, eh lupa..program ini buat di Stadium
Badminton Cheras..So, dalam pukul 9 mlm baru kami masuk, dewan dah
gemuruh dengan suara pukulan gendang dan kompang dan suara
berselawat..mengumumkan ketibaan Syeikh Abd Al Qadir As Seghaf.. semua
hadirin berdiri..
beberapa minit berselawat, Syeikh pun da naik pentas bersama Habib Ali,
semua duduk. MC majlis mengambil peranan..Bla bla ..bla..
Mula la berqasidah..nak katanya, majlis malam ni dipenuhi dalam masa dua
jam setengah dengan qasidah..Panjang juga tu..^^..tapi tak terasa
sebab, mood para hadirin adalah berzikir dan berselawat!
30 minit sebelum tamat, Habib ali memberi tazkirah..yang ni nak kongsi...sangat2..
Habib Ali memberikan kata-kata nasihat yang paling indah seumur
hidup..Manakan tidak, melalui tazkirah tu, saya baru sedar bahawa
kehadiran ke majlis zikir begitu adalah kerana terpilih oleh ALLAH
dengan RahmatNya..Allah nak bersihkan diri kita dari dosa-dosa kita
sebelum ni..Alhamdulillah..sayu dengar tentang hakikat ni..
keduanya, dia menceritakan kenapa Allah tak pernah panggil nama Nabi
s.a.w dengan panggilan namanya secara terus dalam al-Quran sebagaimana
dipanggilnya para anbiya' selain baginda..kerana..rupanya nama
Rasulullah s.a.w ini agung ..dan nak tahu namanya diletakkan di
mana?seiring dengan nama ALLAH dalam syahadah..Allah..
Biasanya kita puji orang yang kita puja, dan orang itu akan teruja, tapi
ini orang yang kita puja tidak teruja kita pula yang teruja. Sedangkan
kita tidak boleh menguku had kecintaan Nabi s.a.w ini..dikisahkan dalam
riwayat Saidatina Aisyah Rdhiallahu 'anha..setiap malam Nabi s.a.w akan
bertahajud dan menangis sepanjang tahajjud . Lantai masah, peha
basah..Lalu Ummul Mukminin bertanya, kenapa berbuat seperti itu
sedangkan Nabi s.a.w adalah maksum tidak berdosa, di ampunkan dosanya
yang lalu dan akan datang, baginda menjawab , ' Bukankah aku ini hamba
yang bersyukur? , kemudian baginda berdoa untuk Saidatina Aisyah r.a.
tadi agar diampunkan dosanya yang dahulu, sekarang dan akan datang pada
hayatnya. Saidatina Aisyah r.a merasa sangat teruja. Baginda lantas
bertanya, ' Apakah kamu teruja wahai Aisyah?', Jawab nya..,'mestilah Ya
Rasulullah..sebab saya telah didoakan keampunan dosa sepanjang
hayat..!', jika kamu nak tahu, itulah doa ku untuk ummatku setiap
malam..Allah..
Ha......nak bagitahunya, part ini..ramai hadirin yang sebak dan menangis..penuh syadu ayat tersebut, sangat mengharukan ..
Kecintaan nabi terhadap umatnya tidak dapat dibilang kerana Baginda amat
menyayangi umatnya melebihi diri sendiri. Ketika peristiwa Taif,
baginda melarang malaikat untuk menghempapkan penduduk Taif gunung uhud
kerana mereka kata baginda, mungkin akan ada dari keturunan mereka akan
beriman! Dan benar, selepas beberapa lama, datang kabilah dari Taif
berbaiah dengan Nabi s.a.w dan menyatakan keimanan. Allahu akbar..
Baginda menyayangi umatnya ketika nyawa dikandung badan, ketika dalam
sakaratulmaut, ketika alam barzakh, dan ketika di padang mahsyar..Kata
Baginda yang mafhumnya, 'carilah aku di tiga tempat ( tiian sirat,
timbangan mizan, dan Telaga Al-Kauthar) yang mana di sana aku pasti akan
ada untuk memberikan syafaat kepada umatku..'..
Ketika umatnya ada yang terhumban ke dalam neraka, baginda akan mengeluarkan umatnya dengan syafaatnya..
Tinggal lagi ..kita umat Baginda..berapa kali kita ingat akan Baginda ?
Selawat kita berapa kerat sehari?
Sunnah Baginda kita tahu dan amal x?
Tak nak banyak cakap..cukuplah soalan ini mengakhiri tulisan ini.
Sebagai cetusan, sebagai muhasabah. Susahnya nak cari masa untuk
berkenalan dengan Nabi s.a.w, kita terlalu banyak urusan duniawi yang
sedikitpun takkan bagi syafaat dengan kita.
Seruan saya, jika ada majlis-majlis zikir seperti ini..datanglah
..kerana ia majlis agung yang jika didoakan padanya oleh para Habaib
yang berkat, di aminkan oleh malaikat yang menaungi majlis ILMU ,dan
Rahmat Allah terpalit pada yang hadir..Allahu ta'ala A'lam..
Sekian,
Exco Pembangunan Modal Insan
Kalau ada yang terhumban ke neraka(
Monday, January 09, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment