
Assalamualaikum w.b.t
Marhaban Ya Ramadhan.
Marhaban Ya Ramadhan.
Alhamdulilah , mutiara pujian dan kesyukuran kita ucapkan
kerana diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan al Mubarak
1429 H, bulan mulia dan penuh kebesaran di sisi Allah buat Para
hambaNya.
Sungguh cepat masa berlalu.Tanpa
kita sedari kini sudah menjengah di 10 akhir Ramadhan. Bagaimanakah
dengan Tadarus,Qiam dan amalan sunat lain , apakah sudah kita penuhinya
dengan amalan yang sebanyak-banyaknya. Adakah kita benar- benar semakin hampir mengecapi kemenangan(Taqwa dan keampunan) ataupun kerugian tiada kesudahan.
Kini ramai yang sudah sibuk - sibuk menyambut Aidilfitri. Kedengaran lagu - lagu raya di segenap lapangan. Ada yang sudah tergambar kapal terbang Airasia untuk pulang di
kampung halaman. Namun Tetamu Agung ini masih belum berakhir!
Gembirakah kita di pagi Adilfitri sedang puasa dan ibadah lain pada
Ramadhan kali ini ala kadar dan banyak kelompongan. Masih belum terlambat.tinggal 8 hari lagi.Wajarkah Ramadhan luput tanpa sedikit pun terkesan di jiwa kita?
Ramadhan kini telah datang dan nanti akan berlalu tanpa menunggu kita. Hanya buat mereka yang menyedari kebesaran Ramadhan akan Syahdu meninggalkannya ,
mengecapi keindahannya Ramadhan nikmat tidak terkata dan bermukim
seketika sambil menangisi pemergiaannya yang mungkin buat kali terakhir
bagi kita.
Sahabat seakidah dan seperjuangan yang dikasihi sekalian,
Bila mana kita Menyingkap sirah, kita akan dapat melihat bahawa Rasulullah dan para sahabat bilamana semakin hampir menjelang Aidilfitri, semakin gelisah dan jelas tergambar di raut wajah mereka kesedihan kerana Ramadhan akan meninggalkan mereka , peluang utuk memperolehi bonus amalan di malam – malam terakhir yang terdapat padanya Lailatul Qadar sudah sampai ke penghujungnya, terdapat di antara mereka sebak menangis kesedihan teramat sangat kerana belum tentu dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun – tahun berikutnya.
Itu
para sahabat bagaimana pula diri kita,di mana kita dengan para sahabat
Rasulullah s.a.w?mereka telah buktikan kesungguhan dan kemantapan Iman
di dada dengan menyeluruh bagi meraih redha,Ingatlah
saudara ku,Alangkah rugi lagi malang bagi orang – orang yang keluar
dari Madrasah Ramadhan tanpa mendapat keampunan Nya. Orang yang menang
akan keluar seperti seorang bayi yang baru lahir. Mereka juga
dikurniakan Pialah Taqwa,diberikan bonus pahala yang
begitu banyak untuk bekalan selepas Ramadhan...Barulah hati berasa
syahdu dan menitiskan mutira-mutiara kehambaan mengenangkan betapa
besarnya rahmat dan keampunan Nya.
Menurut
Imam Al Gazali ketaqwaan akan membawa umat Islam memiliki perasaan
takut kepada Allah dan dia akan sedar bahawa hakikat hidup dan matinya
dia perlu mentaati segala perintah Allah dan membersihkan hati dan
perbuatannya dari segala larangnya. Oleh itu kehadiran Tetamu agung ini
haruslah membibitkan rasa ketaqwaan yang kian meningkat dan kukuh
terpatri didalam sanubari umat Islam. Firman Allah swt :Apakah sahaja
yang diberikan Rasul kepadamu terimalah dia.dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah , dan bertaqwalah kepada Allah: Surah Al-Hasyr. :7
Apabila puasa yang dilaksanakan dengan penuh keihlasan barulah ia akan membentuk rasa ketaqwaan dan lahirnya sifat Istiqamah iaini penyerahan diri muslim pada pekara zahir dan batin sepenuhnya. Kerana
istiqamah itu tidak dapat dibuktikan pada amalan sehari dua, malah ia
perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, ia
dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah SWT. seorang
muslim yang beristiqamah tidak menunggu untuk beribadah pada bulan
Ramadan sahaja, malah setiap bulan itu adalah bulan yang dikhususkan
untuknya beribadat kepada Allah. yang tidak beristiqamah akan merasa
gelisah dengan Ramadan lambat untuk melabuhkan tirainya, sikap seumpama
ini tidak pernah wujud dalam diri para sahabat baginda Rasulullah s.a.w.
jika di bulan Ramadhan saf-saf solat dipenuhi dengan para jemaah, masjid atau surau menjadi sesak dengan kehadiran para makmum. Bahkan masjid sentiasa di diisi dengan aktiviti pengabdian diri kepada Allah SWT seperti Qiyamullail meliputi pelbagai jenis solat, tadarus al-Quran meliputi diskusi isi-isi kandungannya, beriktikaf, berzikir dan bermacam-macam lagi alangkah indahnya segala kepatuhan ini dapat diteruskan pada bulan seterusnya maka barulah Ramadhan yang hadir mampu membekas di hati menjadikan hamba yang soleh/hah.
Justeru , jalan terbaik untuk mengekalkan istiqamah dengan Islam, ialah bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan Allah
Mudah-mudahan, kita mampu dan berdoa
kepada Allah SWT, agar menjadikan diri kita, adik-beradik,sahabat
handai dan terlebih lagi kedua iba bapa kita, agar dimasukkan dalam
kategori hamba Allah yang sentiasa dan kekal beristiqamah dengan Islam,
berjuang kerananya dan mati pada jalannya, Amin.
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya, janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan (habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu, sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas”.
Bicara Presiden Marsis 08/09
Akh Karim Abd Rahim
0 comments:
Post a Comment