Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua anak muda Sabah yang
berada dimana jua.Serta selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW,Kekasih
Allah.Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih lagi memberikan
peluang kepada kita untuk bernafas didunia ini selaku hambaNYA.
Bila bercakap soal perjuangan dan
pendidikan,saya teringat kepada isu yang sedang berlaku sekarang
ini.Rentetan daripada demonstrasi mahasiswa pada 14 April yang
lepas,sehingga kini hari ke-7 mahasiswa masih bertahan untuk terus
berkampung sehingga BERSIH 3.0 pada 28 April nanti.PTPTN merupakan isu
sensitif yang diperjuangkan oleh mahasiswa sejak awal
penubuhannya.Kenaikan ‘bunga’ pada setiap pinjaman itu sudah menjadi
riba kerana melebihi 3% daripada jumlah yang sepatutnya pada hukum
syara’.Memetik kata Ustaz Zhaharudin “ Qardhul Hasan atau pinjaman tanpa
sebarang faedah boleh digantikan dengan sistem yang ada.Usahakan dahulu
pinjaman dengan keluarga atau kerabat sebelum berfikir untuk
menggunakan PTPTN sebagai jalan ”.
Pendidikan percuma sewajarnya menjadi hak
semua individu.Bukan sahaja hak itu kepada murid sekolah rendah,pelajar
sekolah menengah tetapi jua kepada mahasiswa institusi pengajian
tinggi.Malaysia mesti belajar daripada
Sweden,Chile,Brazil,China,Scotland,Brunei
Darussalam,Argentina,Norway,Greece,Mauritius,Finland dan
Jerman.Brunei,contohnya.Memberikan peluang sepenuhnya kepada rakyatnya
seawal usia 5 tahun untuk menerima pendidikan percuma sehingga mendapat
segulung ijazah.Bukan kerana negaranya itu kecil dari sudut demografi
dan struktur sosial Malaysia tetapi kerana pentadbirannya yang kemas dan
tersusun untuk menjadikan rakyatnya berpendidikan sehingga kadar buta
huruf menurun.
Pandangan peribadi saya berhubung pendidikan
percuma ini ialah pentadbiran Malaysia mesti mempunyai satu sistem yang
komprehensif agar tidak berlaku ketirisan besar dalam pengurusan
kewangan.Hutang para peminjam PTPTN yang dikatakan sebanyak 27.5 billion
itu tidak standing dengan kos projek-projek besar kerajaan yang masih
belum diketahui bagaimana statusnya.Pendidikan percuma yang rakyat
berhak perolehi ialah 0% yuran pengajian disamping harga barang yang
stabil dan munasabah sesuai dengan kadar pendapatan rakyat kelas
bawahan.Pilihan kerajaan ada dua.Menukar sistem sedia ada PTPTN yang
berunsurkan riba’ kepada qardhul hasan atau memansuhkannya terus dan
menggantikan dengan sistem biasiswa yang nyata lebih efisyen.
Sehubungan dengan itu,saya menyeru kepada
semua mahasiswa dan anak muda yang masih lagi buntu dalam membuat
pilihan terbaik agar sedaya upaya berusaha dahulu agar tidak mempunyai
sesalan yang berpanjangan.Islam miliki banyak jalan penyelesaian yang
terbaik.Pilihan demi masa depan ada pada kita.Caranya hanya dengan buat
pilihan terbaik.Samada susah dahulu senang kemudian atau susah dahulu
susah jua kemudian.Saya yakin,seandainya pemimpin sedia ada sudi
mendengar suara rakyat marhaen pasti tidak akan berlaku penindasan dan
kezaliman yang nyata kepada rakyat.Lazimnya seorang peminjam membayar
hutangnya tetapi jika adanya riba’ dosa itu lebih berat kepada orang
yang memberi pinjaman.Iklan ‘Kami bukan ALONG’ sentiasa disiarkan tetapi
tanpa sedar rupanya PTPTN menjadi ALONG.Marilah kita bersama mendidik
rakyat agar sentiasa peka dengan hak kita.
Akhir kata dari saya,suka saya membawakan
kepada anda semua firman Allah ini :
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar
kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil
peringatan mematuhiNya ” ( Ayat 90 : Surah an-Nahl ).
Mudah-mudahan kita sama mempertahankan hak dan pendirian daripada terus dicabuli pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai tambahan,saya selitkan beberapa laman sesawang untuk anda kunjungi sebagai rujukan :
1. http://www.gov.bn/bm/Services/Categories/Pages/Education.aspx - Brunei Darussalam
2.http://www.ntnu.edu/studies/financing-and-scholarships - Norway
3.http://www.daad.de/ausland/index.en.html - German
4.http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/531-ptptn-hukum-a-kos-perkhidmatan.html - Ustaz Zaharudin Abdul Rahman.
Presiden MARSIS,
Mohamad Matassian bin Ogus
Friday, January 10, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment