Wednesday, January 08, 2014

Perutusan Sempena Exam


Kampus kini dilanda suasana peperiksaan yang mengamit penuntutnya berusaha bersungguh – sungguh mencapai kejayaan. Masa kembali bergelumang dengan nota – nota yang telah lama ditinggalkan. Perlu diingat sesorang mahasiswa yang ingin mewarisi kecemerlangan perlu menanam sifat – sifat yang boleh membawa ke puncak kejayaan.

Ingatlah, demi masa setiap kehidupan amat berharga dan tidak sepatutnya dipersiakan begitu sahaja. Hentikan perbuatan sia-sia dan tumpukan sepenuhnya masa dan tenaga untuk menemuhi medan juang yang sebenarnya.tidaklah sepayah mana jika dibandingkan dengan peperiksaan akhirat yang sekali seumur hidup dan tiada ulangan jika kecundang. Untuk Berjaya tumpuan sepenuhnya terhadap masa dan tenaga perlulah digarap setinggi mungkin sebelum memasuki medan juang agar tidak terkorban sebelum berjuang.

Masa yang berbaki haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mencipta kecemerlangan . Walaupun masing-masing merasakan waktu yang ada sudah terlalu sempit mengulangkaji, jangan mudah putus asa kerana kita belum terlewat untuk meletakan noktah bidayah pada hari ini. Selagi belum melangkah ke dewan peperiksaan , kita sebenarnya masih mempunyai masa untuk memburu kecemerlangan yang diimpikan.

Dalam merentasi jalan kearah kecemerlangan , kita sudah pasti dihadapkan dengan pelbagai cubaan dan rintangan sebagi resmi perjuangan. Namun, perlu diingat, halangan yang paling besar lagi berat ialah halangan yang datang dari dalam diri kita sendiri. Sikap malas, tiada motivasi, suka menangguhkan kerja, tiada disiplin diri, tidak bersungguh-sungguh, tidak ikhlas ,hati berkarat malap dan tidak sanggup berkorban merupakan pekara yang menghalang sesorang itu daripada mencapai kecemerlangan.

Percayalah , Jika kita dapat mengawal dan mengurus diri sendiri sarta berjaya melawan halangan yang timbul dari dalam diri dengan baik, kita sebenarnya sudah berjaya mengatasi satu rintangan yang terbesar dalam perjuangan ini.

Setiap pekara yang dilakukan mempunyai prasyarat yang tertentu untuk Berjaya. Sikap putus asa, jiwa lemah, takut mencuba dan semangat yang mudah luntur tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang Mahasiswa cemerlang. Mahasiswa bijaksana diibaratkan sebagai seorang juara dalam sebuah pertandingan. Dia tidak akan mengeluh terhadap kepenatan dan keletihan yang dilalui semasa proses menggapai bintang di kampus. Kesusahan yang dialami hari ini sebagai tangga pertama untuk hari esok mencapai kejayaan.

Begitulah seharusnya kita meletakkan diri kita. Jangan rasa jemu membaca, jangan bosan mengulangkaji, jangan muak untuk menghafal dan jangan berat melangkah ke perpustakan kerana yakin dan percayalah segala yang pahit dan susah itu dihujungnya pasti ada kemanisan serta kebahagian jika tidak esok ,lusa jika tidak tahun ini pasti tahun – tahun berikutnya yang pasti biarlah kejayaan itu meraih redha ilahi pasti nikmat mengunung tinggi.

Mahasiswa muslim sentiasa berusaha gigih dan tidak hanya berserah kepada takdir atau bersandar pada nasib semata-mata. Justeru, jangan pandang belakang. Kecemerlangan dan kemenangan adalah milik mutlak bagi mereka mempunyai keazaman gigih, matlamat jelas dan bersikap positif. Sebagai juara dia tidak mahu kemenangan yang diperolehi bersifat sementara.

Dari itu, perlu dingat bahawa kejayaan dalam bidang akademik merupakan impian kita yang selari dengan cita-cita Islam bukanlah hanya diukur dengan kecemerlangan semasa peperiksaan semata. Namun ia perlu dihiasi bersama akhlak dan peribadi yang unggul berteraskan Islam. APA GUNANYA?akademik terbaik tapi berperangi hodoh dan tidak bermoral. APA GUNANYA?syakhsiah terpuji tapi tiada peningkatan pencapaian akademik yang memuaskan.

Ayuh!teman – teman sekalian, pugarkan kembali semangat kalian untuk meraih kejayaan yang paling manis untuk dikenang. Kita berjuang bukan kerana nama ,juga bukan kerana sijil tertera nama sebagai pelakasana tetapi demi tuntutan taklifan ‘pewaris nabi’yang terpundak di bahu masing-masing. Kenangilah kepayahan dan harapan kedua orang tua dan keluarga. Masyarakat sedang menanti kepulangan kita untuk melaksanakan tajdid Rabbani di bumi BORNEO. Ingatlah kita adalah harapan dan pemimpin masa hadapan, janganlah kita sebagi agen melambatkan gerak kerja Islam. Pohonlah doa restu ayah bonda sebelum melangkah ke medan juang ini. Moga berkat restu dan redha kedua orang tua dipermudahkan jalan mengukir kejayaan, dalam masa sama doakanlah seluruh sahabat-sahabat kita moga kejaya milik kita bersama sebagai penuntut ilmu agama Allah di bumi anbiya ini.
"Teruskanlah berusaha ,berikhtiar dan bertawakal kerana kesunggguhnya,takdir ilahi itu abadi janji Alah itu pasti"

Perutusan Presiden Marsis 07/08

Akh Karim Abd Rahim

0 comments:

Post a Comment