Alhamdulillah
selamat sampai dr Pasir Gudang jam 5.30 pagi tadi.Walaupun tidak
berkesempatan menatap dan mengiringi jenazah ke kuburan, ziarah kami
dapat mempersembahkan rasa cinta dan ukhwah buat Almarhumah Nurul
Zalikah disemadian.. hanya doa menjadi iringan.rasanya sahabat-sahabat
dari KL hampir kesemuanya tidak berkesempatan dan tiba lewat ke rumah
bapa saudaranya di Pasir Gudang..ibu bapa almarhumah tiada disisi kerana
sedang menunaikan fardu haji di Makah yang baru bertolak pd Isnin
lalu,9/11/09. .
Almarhumah
merupakan pelajar Universiti MAlaya Al Quran & Al Hadith (anak
murid Ust Anuar Ridwan), Timb.Bendahari Agung PMAPIUM 2002/2003 (Nilam
Puri), TKP Siyasah PMIUM sesi 2005/2006..Begitu juga sangat aktif dalam
IPIJ, GAMIS, Nisa' dan Muslimat. Cuma kesihatannya agak terbatas kerana
didapati positif kanser tahap 2 hodgkin lymphoma sebaik tamat pengajian
di APIUM 2007. Sejak itu beliau terpaksa berulang kali menjalani
kimoterapi dan menetap di rumahnya di Johor Bahru. Semangat beliau yang
kuat melawan penderitaan didepan beliau tidak menghalang beliau mengajar
di sebuah kolej komuniti di Pasir Gudang..
Zalikah
memang seorang yang cekal dan sangat positif ( http://zalikah.
blogspot. com/). Tulisannya menggambarkan ketabahan beliau menahan
kesakitan akibat derita yang ditanggungnya serta semangat juang &
komitmen beliau bersama jemaah juga memang tidak dapat dinafikan.
Beliau
dijumpai terjatuh dalam bilik air ketika sebahagian Muslimin menunaikan
solat Jumaat semalam.. Zalikah tidak sedarkan diri dan berlaku
pendarahan yang banyak..tepat jam 1.30 petang di hari Jumaat yang
mulia...perginya insan yang sangat kita cintai dan hormati pengorbanan
dan komitmen beliau bersama-sama menggerakkan usaha dakwah dan tarbiyah
semenjak dari APIUM Nilam Puri hinggalah ke bumi uniperdana bersama
PMIUM...rasa sebak silih berganti mengingatkan beliau yang tidak kenal
erti penat lelah membawa momentum baru dalam gerakan muslimat di UM..
Jenazah
selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masai selepas solat Maghrib.
Semoga Allah merahmati dan membalas keikhlasan Almarhumah Nurul Zalikah
sepanjang kehidupan dengan amal soleh dan menanti Cinta Allah dan
Rahmat-Nya di syurga, Insya Allah.. Moga kita mencontohi kesungguhan
beliau...
"Usia muda bukan jaminan mati ditangguhkan. Persiapkan amal bekalan di hari kemudian..Semua akan kembali kepadanya.."
Catatan ingatan buat sahabat,
Al Marhumah Nurul Zalikah Md Zan
1984-2009
Oleh ;
(akhi karim abd rahim)
0 comments:
Post a Comment