Friday, January 10, 2014

PENGAJIAN HADITH SEMASA CUTI BUAT MAHASISWA SABAH !

Mencari-cari pengisian sesuai semasa cuti panjang?
Nda balik ke Tawau, Beaufort, Sandakan dll ?
Mahu mengisi masa cuti dengan perkara bermanfaat?
Mahu memperdalamkan ilmu hadith ?
Program ini buat julung-julung kali ditawarkan kepada ANDA !

MARSIS memulakan kerjasama dengan Tuan Hj Ariffin dan Ibu Rosmah, pemilik As Sakinah Resort, Pahang yang bercita-cita murni untuk mempelopori penubuhan pusat pengajian Hadith di Malaysia. 

Usaha ini telah dimulakan oleh Tuan Haji Ariffin dan isteri dengan memulakan pengajian hadith mingguan (Sabtu-Ahad) yang sekarang masih berjalan dengan bantuan tenaga pengajar yang didatangkan khas daripada Indonesia yang telah lama memiliki pusat-pusat pengajian hadith. 

Justeru, tawaran dibuka untuk mengisi masa cuti semester ANDA !

PENGAJIAN HADITH DI ASSAKINAH RESORT,PAHANG
Butiran program :
*Tawaran : 20 orang pelajar (10 siswa, 10 siswi )
*Tarikh : 1 Jun 2011 - 17 Julai 2011
*Tempat : Resort As sakinah,Pahang.
*Pengangkutan : 
Ditanggung percuma untuk pergerakan daripada Janda Baik - KL
* Penginapan dan Makanan : Ditanggung percuma

Apa yang anda akan perolehi : 
1) Kuliah Ilmu Hadith
2) Program Dakwah Bersama Orang Asli, Janda Baik
3) Bercuti Ilmu dalam suasana Pesantren.

Nota : tarikh masih boleh dibincangkan agar bersesuaian dengan semua peserta.

Justeru itu, kami menjemput kepada semua Siswa/ Siswi yang boleh memberi komitmen untuk menyertai program ini. Sila hubungi Muhammad Saipul 0132118513 untuk sebarang pertanyaan.

Tarikh tutup penyertaan : 31 March 2011

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment