Program Baktisiswa Di Pulau Pangkor
Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (gambar1)
Program Misi Dakwah Keningau: Kg. Johan Jaya, Sook (Gambar 2)
Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 1)
Lawatan Ke Kg. Padang, kampung orang mualaf Nabawan, bersama Us. Fadlhi Yusof(Gambar 2)
Para Ibu Kampung Debut Langsat
Ini acara mengupas kulit kelapa tua!..pertama kali dengar bah..Program Kempen Membaca punya sukaneka..inikali la..
Merancang program kemasyarakatan adalah sesuatu yang sangat
menjadi kegilaan saya sejak melepasi TIngkatan 5. Ketika di matikulasi UIAM (2009)saya
begitu teruja kerana sempat merancang satu program Jelajah Dakwah Sabah
meliputi kawasan Beluran- Kundasang- Ranau. Bermula saat itu, saya sentiasa
ingin melibatkan diri dengan program-program yang bersifat ‘travelling’.
Tahun 2010, saya meneruskan pengajian di UIAM. Taman Ilmu
dan Budi. Semester kedua saya dipilih menjadi Exco Maruf Club, Perhubungan
Awam. Tugasan khas saya ialah merancang program baktisiswa ke Sabah. Satu
tugasan yang agak menyeronokkan. Saya terlalu teruja. Dengan kerjasama semua
terutama Head Exco Perhubungan Awam bertungkus lumus untuk menjayakannya.
Akhirnya direalisasikan pada Hari Raya Haji 2011. Lokasi terpilih ialah Kampung
Debut langsat, terletak di kawasan Ranau.
Aktiviti menarik ketika ini ialah aktiviti keluarga angkat,
raya korban,sukaneka. Seronok melihat masyarakat Sabah melayan tetamu istimewa
daripada daratan seberang Laut China selatan.
Sebelum menjayakan misi ke Sabah, saya menjadi peserta kepada program Baktisiswa ke Pulau Pangkor, anjuran Mahallah Asma'.
Tahun 2012 saya sekali lagi terlibat untuk melaksanakan
baktisiswa ke Sabah. Kali ini di Kampung Johan Jaya, kampung saya sendiri.
Tempat ini saya yang pilih kerana saya pernah berazam, kalau mahu buat
baktisiswa biarlah di tempat sendiri selepas ini. Akhirnya Allah makbulkan.
Antara program menarik hati ketika ini ialah pengisian di sekolah rendah dan
persembahan peserta selain aktiviti Keluarga angkat.
Kami sempat menziarahi Ranau dan Kundasang. Ladang Teh dan
Rumah keluarga saya di Kundasang. Ada satu destinasi lagi yang tidak sempat
diziarahi…lading Lembu, Desa Cattle di Mesilou.
Tahun 2013 ini Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk
melaksanakan lagi Bakti kemasyarakatan , kali ini entah memang takdir, saya
berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Rakan Daie Muda Ranau(RDM),
Persatuan Siswazah Sabah(PSS) ranau dan beberapa NGO lain. Saya ketika ini
mewakili UIAM, MARSIS sekali.
Apa yang dapat dikongsi ialah, semasa melaksanakan program
ini, aktiviti menarik ialah agenda memantau tahap pembacaan kanak-kanak kampung
Debut, yakni lokasi program pada tahun 2011 lepas. Lebih kurang sebagai program
susulan. Misi kami ketika ini adalah Kempen Membaca dan Simbolik Pembinaan
perpustakaan mini di sana. Pengisian baru yang dibuat ialah persembahan dari
semua keluarga bersama anak angkat pada malam terakhir meninggalkan kesan
seribu kenangan pada semua yang terlibat.
Sangat mengharukan kerana sokongan masyarakat amat-amat
memberangsangkan. Progrm ini mendapat perhatian daripada pemimpin tempatan.
Alhamdulillah.
Saya berharap agar program sebegini boleh diperbanyakkan
agar anak muda terus memiliki aktiviti berfaedah yang boleh dibuat dan
mengurangkan masa untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang kurang berfaedah
seperti menghabiskan masa depan FB, melepak dengan kawan-kawan, membuat jenayah
atau apa-apa yang seumpamanya. Bagi saya memikirkan gerak kerja dakwah atau
kemasyarakatan sebegini lebih baik daripada membuat kerja sendiri-sendiri.
Saya mewakili MARSIS Cosultancy dan sebagai NGO juga
mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjalankan gerak kerja
kemasyarakatan ditempatnya dan ingin berkongsi pengalaman boleh berhubung
dengan saya atau sesiapa saja yang berkaitan. Moga Allah Redha.
Siti Azimah Rupilen,
Pembangunan Sahsiah dan Modal Insan, MARSIS
0 comments:
Post a Comment