Bagi mereka, apa yang dibentangkan dan dinyatakan menerusi projek pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan pusat, hanyalah janji-janji manis atau ‘gula-gula’ yang diberikan kepada rakyat di negeri itu sedangkan kenyataannya masih belum dapat dilihat dengan jelas.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata keadaan pembangunan di Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung.
“Apabila kita dengar hujah dari Menteri dan Timbalan Menteri, kita sangat seronok. Kalau dibandingkan pembangunan di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung, bagaikan langit dan bumi,” katanya yang mencelah ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Deva-many menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut mencelah meminta jaminan berhubung tempoh yang boleh dipastikan untuk menyiapkan segala usaha pembangunan dan penyediaan kemudahan asas kepada penduduk di pedalaman negeri itu.


“Bukan kita tidak sabar tapi kita sabar sampai sudah mahu mati,” katanya.
Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang cuba mengendurkan suasana tegang dalam Dewan bangun dengan menyatakan bahawa masalah ketidakseimbangan pembangunan serta kelewatan pelaksanaan projek adalah disebabkan oleh kerenah birokrasi di kalangan pegawai kerajaan dan jabatan kerajaan.
“Apa yang disebut oleh Perdana Menteri sebelum ini, iaitu ‘the small Napoleon’ itu masih wujud. Pegawai-pegawai kerajaan yang masih lagi ber-kuasa lebih daripada menteri, kenapa dibiarkan ini berterusan?
Devamany ketika menjelaskan perkara itu mengakui adanya kerenah birokrasi yang menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
Katanya, sebarang projek pembangunan tidak boleh dibiarkan atau diluluskan pelaksanaannya sewenang-wenangnya tanpa pemantauan terperinci bagi mengelakkan penyelewengan dan amalan rasuah
Oleh itu, beliau berkata projek-projek yang hendak dilaksanakan memerlukan beberapa tapisan sebelum mendapat kelulusan, pemantauan dan pengagihan kewangan.
sumber : sabah-times
Kebersamaan Teras Kebangkitan
0 comments:
Post a Comment