Thursday, January 09, 2014
We are FAMILY !!!
Bismillahirrahmanirrahim…
Setinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Allah s.w.t, selawat dan salam keatas junjungan mulia Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan syuhada sehingga anda dan saya menerima syiar Islam yang mulia ini.
Selamat Datang Keluarga Marsis 09/10
Anda merupakan insan-insan yang terpilih untuk bersama kami.Dan MARSIS sememangnya menantikan keterlibatan anda, bersama menjadi penyokong seterusnya bersama-sama melakukan gerak kerja MARSIS melalui aktiviti yang telah dirancangkan. Berikut dilampirkan analisa data siswa-siswi baru yang menjadi Rakan MARSIS hasil daripada
program OKTI yang telah dilakukan baru-baru ini.
Apa tindakan yang pihak MARSIS akan lakukan selepas ini ? Langkah awal ialah menyusun semula data-data ahli MARSIS dan untuk anda rakan MARSIS yang baru, MARSIS akan menghantar borang keahlian lengkap untuk ada isi melalui email yang telah anda berikan.
Bilangan mengikut IPTA/IPTS
1. UKM 10
2. UITM S.A 17
3. UM 36
4. UDM 6
5. UPSI 18
6. KIPSAS 1
7. USIM 4
8. KIST 1
9. UMP 5
10. UMT 3
11. UUM 8
12. UTM SKUDAI 5
13. UTEM 9
14. UPM 7
15. UNIMAP 2
16. UMK 1
17. UIAM 1
18. UTHM 2
19. USM 1
JUMLAH 137
Data tersebut akan digunakan dalam merangka program dan sebagai sumber maklumat pada masa akan datang. Bagi siswa dan siswi baru yang mana cawangan MARSIS masih belum kukuh dan tidak mempunyai ahli yang ramai, kami akan cuba menghubungkan anda dengan beberapa kampus yang terdekat agar segala aktiviti dan maklumat dapat disampaikan kepada anda.
Apa program selepas ini ? MARSIS akan cuba menjayakan satu program yang akan mengumpulkan seluruh Family MARSIS. Antara objektif program ini ialah merangka program di Semenanjung dan Pulau Borneo samada semasa sesi kuliah ataupun waktu cuti nanti. Selain itu, mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan diantara sesama ahli dan pimpinan MARSIS.
Program yang diberi nama KONSIS’09 ini akan diadakan pada 15 dan 16 Ogos 2009 bertempat di sekitar Lembah Klang. Mungkin anda mengetahui tempat yang lebih menarik dan berpatutan? Sila maklumkan kepada kami.
Akhir kata, MARSIS mengucapkan Selamat Menjalani Kehidupan Sebagai Seorang Mahasiswa dan Mahasiswi, terus sukses dengan pengajian anda dan jangan lupa peranan sebenar anda dimuka bumi ini sebagai Khalifah, Penyampai Risalah Dakwah.
Sekian,terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment