Kota
Kinabalu, 21 Sept : Kelahiran sebuah stesyen Radio Islam pertama di
Sabah baru-baru ini membawa sinar baru dalam perkembangan dakwah Islam
Negeri Sabah. Di namakan Radio Cahaya.FM -Demi Masa, radio online
internet ini diasaskan oleh Saudara Nazri Abdullah yang juga kini
merupakan penerbit Cahaya.FM.
Memetik kenyataan saudara Nazri di UTUSAN, beliau berkata meskipun baru berusia lima bulan, ia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Katanya, pendengar Cahaya FM adalah dari seluruh negara, tetapi pada masa sama, ia berjaya menarik minat pendengar dari Indonesia dan Singapura yang turut menggemari segmen-segmen dalam Cahaya FM.
"Memandangkan pengguna teknologi maklumat kini kian meningkat, badan-badan Islam tidak harus membiarkan peluang seumpama ini terlepas begitu sahaja.
"Umat Islam perlu menggunakan peluang keemasan tersebut sebaik-baiknya untuk sama-sama menyebar maklumat dan risalah Islam menerusi wadah baru ini,"

Radio
online Islam ini bersiaran 24 jam sehari dan memutarkan pelbagai lagu
nasyid terpilih, bacaan Al Quran dan ceramah-ceramah agama sebagai halwa
telinga para pendengar. Radio ini boleh didengari secara online melalui
laman web www.cahayafm.net.
Justeru,
MARSIS menyambut baik usaha yang cukup baik ini dan mengucapkan tahniah
kepada pengerak Cahaya.FM. Semoga stesyen radio Islam pertama di Sabah
ini dapat menyuburkan lagi usaha dakwah Islamiyah di negeri kita yang
tercinta ini.
0 comments:
Post a Comment