Assalamualaikum..jiwa-jiwa borneo sekalian..=)
Nukilan ini khas buat kita-kita insan Borneo..saat ini kita bersama
membawa jasad ke Tanah Semenanjung. Untuk menjalani kehidupan yang lebih
mencabar. Best kan dapat berjalan-jalan di sini? Apa-apa pun, kita kena
ingat kepayahan mak ayah kita untuk hantar kita ke sini..untuk belajar
yang pastinya.
Seperti saya dulu, bapa tidak hantar saya sampai ke UIAM pun. Tapi dia
hantar saya dengan nasihat-nasihat dan harapan-harapan yang banyak dan
yang amat berguna. Dengan kasih sayang itu, saya mampu bertahan xminta
pulang XD!
Saya cuba survive dengan nasihat-nasihat mereka, cikgu-cikgu di sekolah
menengah. Asam garam yang mereka kongsikan buat saya terlebih memilih
untuk berhati-hati berkawan. Walau pada dasarnya saya kawan saja siapa
pun.
Petua paling ampuh. Jaga solat kita. Allah akan terus menerus menjaga kita.Allah pelihara kita.
Kalau diuji apa-apa ujian, benda-benda yang menyakitkan begitu. Jangan
lepaskan tekanan dengan membuat benda yang tidak berfaedah , tapi
carilah ALLAH..
Akhir sekali, kini ambang peperiksaan. Buat yang terbaik. Kerana kita
ini wakil atau boleh saya umpamakan DUTA Sabah. Kelak , sekembalinya
kita di Sabah kitalah yang akan mengisi kemajuan dan intelektual
masyarakatnya.
Asal dari kampung!
Nah hadiah buat kamu yang serupa denganku..HambaNya..
Friday, May 10, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment