Dalam
menyambut kemenangan dan perubahan dalam kampus UM, kita terpempan
dengan isu tukar kerajaan di Perak. Justeru timbul pelbagai persoalan
dalam benak kita, apa sebab utamanya?? Adakah kerana kuasa atau
sememangnya kerana rakyat? Bila membaca akhbar2 yang ada, antara alasannya ialah ketidakpuasan hati pada MB Perak sendiri. Ini yang buatkan saya terpempan sekali lagi. Tetiba teringat perihal keluhan seorang sahabat. Mengapa perlu berpecah kerana perkara furu'?
Hakikatnya
manusia melakukan kesalahan & kesilapan. Ketidakpuasan hati pada
seseorang sekalipun dia ketua tetap adalah fitrah yang Allah jadikan.
Tujuannya? Untuk memperbaiki dan dibaiki. Sama2 memperbaik. Tapi
manusia terkadang terleka dengan kelebihan2 yang telah Allah kurniakan
pada dirinya. Hingga menganggap keslahan orang lain sudah tak boleh
difahami,dimaafkan dan dibetulkan. Lantaran itu, cara yang diambil
adalah 'lompat' ke pihak lain. Lompat melompat ni senang kata berpaling
tadah. Tidak kira dari parti mana ke mana. Kerana isunya bukan parti
tapi perjuangan yang dibawa.
Adakah
wajar dalam sekelip mata dan hanya kerana ketidakpuasan hati pada
seseorang sewenangnya bertukar perjuangan? Bukankah perjuangan itu
adalah prinsip? Seseorang pemimpin yang baik dan bertanggungjawab,
adalah seorang pemimpin yang berprinsip. Paling penting perlu diingat, prinsip ini wajib berlandaskan Islam kerana Islam itu adalah cara hidup.
Jika prinsipnya saja bukan berlandas dan bermatlamatkan Islam, maka
perjuangan yang dibawa itu perlu diperhati terlebih dahulu.
Tidak
terhenti sampai di situ sahaja, prinsip ini perlu direalitikan dengan
pelaksanaan cara Islam. Contohnya secara berjemaah, menjauhkan diri dari
maksiat, amanah pada harta rakyat dll. Jika matlamat yang disebut
kerana Islam tetapi cara pelaksanaannya bukan dengan cara Islam, maka
perjuangannya itu pun perlu diperhatikan terlebih dahulu. Alasannya?
Kerana matlamat tak menghalalkan cara. ( Boleh rujuk dalam buku Mengapa
Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan ).
Banyak penghujahan
dan alasan yang akan digunakan seseorang untuk membenarkan apa yang
dibawanya. Apa jua pun dalil atau asbab yang dikemukakan, biarlah
menjurus pada kemenangan Islam. Kerana tanggunjawab kita sebagai muslim
adalah berusaha sehingga tiada lagi fitnah pada Islam di muka bumi.
Ingatlah, jangan kerana pandangan buruk kita pada sesuautu amal ijtimaie
menyebabkan kita mengabaikan dan meminggirkan amal jamaie. kerana amal
ijtimaie adalah berpandu pada amal jamaie. dan ia sekadar wadah untuk
membantu dalam mencapai matlamat amal jamaie. wallahua'lam
dipetik dari : http://www.nuwairahazzahra.blogspot.com
Wednesday, January 08, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment