Terpanggil untuk mencoret sedikit tentang perjalanan kerja-kerja dakwah
di Sabah khasnya. AlhamduliLLAH, setiap organisasi yang berorientasikan
Islam tidak kira menamakan Islam atau sekadar lambang, telah banyak
memainkan peranan dalam usaha-usaha dakwah di Sabah. Banyak aktiviti
berbentuk dakwah secara lansung dan tidak telah dilaksanakan. Antara
lain
contoh aktiviti yang dilaksanakan ialah ziarah ke hospital,
pembentangan kertas kerja, ceramah umum di masjid2, jelajah dakwah dll.
Walaubagaimana
sekalipun hebat gerakan-gerekan dakwah mengajak kepada Islam di Sabah
ini dilakukan, terdapat juga kekangan yang dirasakan jika tidak diambil
perhatian atau diselesaikan akan menjadikan cahaya Islam yang mula
menyinar di Sabah ini khususnya, malap dan akhirnya terpadam. Antara
kekangan yang dikenalpasti secara pemerhatian adalah :
1. Kurangnya penyelarasan antara badan-badan organisasi dakwah di sabah.
Contohnya pembahagian tugasan mengikut kawasan ataupun demografi umur.
2. Persaingan yang berlaku di antara gerakan dakwah Islam dan dakyah kristian. Gerakan dakyah lebih kuat dan konsisten berbanding gerakan dakwah.(kebanyakkan faktor adalah kerana kewangan)
3. Method dan pendekatan yang digunakan kurang menarik minat orang yang ingin di dakwah.
4. Kurang tenaga pendokong organisasi dakwah. (Masalah yang agak kritikal.)
5. Sesetengah organisasi tiada pelapis untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.
Itulah sedikit kekangan yang nampak dan dinilai melalui pemerhatian.
Yang paling penting sekali ialah kekangan yang ke-4 & 5. Kurangnya
tenaga pendokong ada perkaitannya dengan tiada pelapis. Hal ini sering
dibincangkankan. Antara faktor yang di kenalpasti ialah :
1. Ada tenaga pendokong di kalangan pemastautin yang hanya berada sementara sahaja di sabah ini. Kerja2 dakwah ditinggalkan dan mereka balik ke semenanjung atau ke tempat asal mereka.
2. Anak-anak tempatan sabah ada segelintirnya kurang berminat untuk menjadi pendokong gerakan dakwah. Mereka lebih selesa menjadi penyokong walhal mereka mampu dan diperlukan.
3. Ada
segelintir di kalangan anak tempatan sabah yang pernah bergiat aktif di
semenanjung, tapi bila pulang ke Sabah mengambil posisi yang selesa
untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti.
4. Masalah keluarga yang menjadi penghalang untuk anak-anak mereka bergiat aktif dengan gerakan dakwah.
Begitulah
serba sedikit hal dan situasi yang berlaku dalam realiti gerakan dakwah
di Sabah ini. Negerinya sangat luas dan penduduknya ramai serta
pelbagai. Semestinya ujiannya pun turut seriiring dengan keluasan dan
kepelbagain di sini. Justeru saya minta untuk saudara dan saudari
fikirkan dan cuba kita bincangkan bersama tentang hal yang saya bawakan ini.
wallahualam.
Khairy Junoh
Kota Kinabalu, Sabah.
Wednesday, January 08, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment