KUALA
LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai
mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin
manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan
itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya
kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan
universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen
bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi
anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam
atau luar negara.
“Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk
bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan
untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang
dilakukan.
“Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka
boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian
mereka),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ’Malaysia
Future Leadership’ anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia
di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA
sumber: utusan Malaysia
Wednesday, January 08, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment