Thursday, January 09, 2014

kita MALU dengan ISLAM?

Beberapa tahun dahulu,ketika saya belajar di ibu negara dan menetap di hostel di Petaling Jaya,selalu juga di hujung bulan keluar ke "Kotaraya" menaiki bas no.12.Kadang-kadang bertemankan sahabat dan dikebanyakkan waktu saya hanya keseorangan. Destinasi tetap pastinya jalan masjid india.Meninjau-ninjau kalau-kalau ada buku-buku pengisian jiwa yang bagus untuk di tatap.
Disamping buku,antara kegemaran lain saya ialah majalah I. Tidak ketinggalan untuk memiliki majalah tersebut di setiap keluaran.Tiba masa untuk pulang ke hostel.Kadang-kala saya menaiki bas dan kadang kala juga saya menaiki LRT. Ia bukan fokus saya. Apa yang ingin saya ceritakan ialah apa yang saya rasa apabila ingin membaca buku agama di dalam bas ataupun LRT.


Malu?Ya!Perasaan dan lintasan hati itu sering datang dan mengoyahkan hati saya setiap kali ingin membaca buku agama atau majalah agama di dalam kenderaan awam.Hingga saya bertanya,saya malu dengan islam yang saya anuti?Astaghfirullah al azim..Beristighfar beberapa kali lalu saya membaca juga.Biarlah beribu mata memandang dengan pandangan pelik, pandangan kebawah,tidak "macho" dan sebagainya.
Pulang ke tanah air di akhir ogos 2006. Saya memakai jeans, t-shirt biasa dan "cap" kemudian meneruskan amalan membaca di dalam LRT. Sekali lagi saya menerima pandangan yang sama.Pandangan yang seakan-akan ingin memaksa saya supaya berhenti dari membaca, pandangan pelik, dan sebagainya.Terpaksa sekali lagi saya bertanya "adakah aku ni hina?".
Pernahkah ini terjadi kepada anda juga?

Inilah zaman,ummat islam sudah tidak bangga dengan islam.Tidak usah menafikan,kerana ia berlaku pada setiap diri.Mungkin tidak di semua keadaan, tetapi adakala kita tewas di beberapa keadaan.
Ianya agak kontra,apabila LRT yang di naiki di penuhi dengan pakar "dedah",pakar macho dan pakar "dating",rapat-rapat dan himpit-himpit kemudian saya duduk di kerusi sambil menatap "Penenang Jiwa" terjemahan karya Imam al-Ghazali.Jujur juga ingin saya akui,kadang-kadang saya kalah. Di saat saya kalah sekali lagi saya bertanya, "adakah saya malu dengan islam?" ....
Zaman ini penuh dengan kecelaruan.Kerosakan yang sedang berlaku di dalam masyarakat ialah antara tindakbalas automatik apabila islam terbuang. Islam tidak memerintah dan hanya menjadi anutan rasmi sahaja. Tiada kebanggaan apapun atas agama yang di anuti. Al-Quran hanya di lagukan dan dijadikan perbincangan intelek sahaja.Tiada penghayatan yang benar-benar membawa kepada praktikal.Al-Quran turun bukan untuk dikaji, diselidiki,dijadikan perbincangan intelek, ianya adalah untuk diamalkan.

Percayalah,kita sedang menuju kearah kebinasaan. Suasana masyarakat yang sedang membina persekitaran yang "tidak bangga dengan islam" adalah salah penanda bahawa kebinasaan itu semakin hampir. Saya percaya, pasti ada antara kita yang pernah mengalami apa yang pernah saya alami. Jika lelaki,pasti agak segan berkopiah mahupun berserban.Jika wanita,pasti segan untuk bertudung labuh.
Betul.Islam tidak mewajibkan kopiah, serban dan bertudung labuh.Tetapi belajarlah apa itu suasana. Pendorong dan sebagainya. Pakar "dedah" tidak akan "dedah" ketika berlaku kematian. Mengapa? Belajarlah apa itu suasana...
Kerana itu,saya amat tidak bersetuju dengan kes pelajar berserban yang dibuang sekolah suatu masa dahulu.Ramai orang berkata, Rasulullah tidak pernah menyuruh ummatnya berserban.Ya,saya pun tahu hakikat itu. Sesungguhnya kita tidak berbicara soal hukum. Kita berbicara soal suasana yang sedang terbentuk. 
Ummat islam sudah tidak bebas melakukan perkara-perkara yang dirasakan mampu mendekatkan dirinya dengan agama.Ianya antara rintisan-rintisan jalan ke arah kebinasaan.

Terkejut! Itulah yang mampu saya katakan apabila membaca petikan ini; "Guru sepatutnya memainkan peranan dengan menganjurkan amalan dan kegiatan-kegiatan yang menyatu-padukan murid dan menggalakkan mereka berinteraksi secara bebas, bukan memecah-belahkan mereka. Kita tidak mahu timbul isu kerana guru atau ustaz serta ustazah berpandangan sempit dalam soal agama sehingga boleh menjejaskan perpaduan sesama murid, katanya"
Beliau berkata, amalan itu telahpun diberhentikan di semua taman bimbingan kanak-kanak yang ditadbir oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Di tabika-tabika perpaduan, arahan sudah dikeluarkan supaya bacaan doa tidak diamalkan. Ada guru-guru yang berasa seronok apabila kanak-kanak bukan Islam pun boleh mengikut membaca doa, tetapi saya ingatkan mereka bahawa itu sesuatu yang melanggar etika kerana mereka masih kanak-kanak.
Kita tidak mahu anak-anak kecil bukan Islam nanti membaca doa apabila pulang ke rumah masing-masing. Ini boleh menyinggung perasaan ibu bapa mereka, katanya.
Beliau yang membuat kenyataan itu adalah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.[mSTAR Online]
Berkali-kali saya berhujjah di suatu portal suatu ketika dahulu ketika isu serban sedang hangat.Saya berkata,mata rantai islam sedang dicabut dan tercabut satu persatu.Dihari ini mungkin kebebasan untuk berserban.Namun kita tidak tahu apa pula selepas ini.
Ternyata ia bukan omongan kosong sahaja.Sudah ada usaha menghapuskan doa dari dibaca di sekolah.Selepas ini apa pula?Adakah kita ingin terus tunggu dan lihat tampa apa-apa usaha?Betul, kita boleh mencari alasan untuk menjustifikasikan tindakan tersebut.Manusia sememangnya begitu.Ingatlah bahawa,alasan apabila dicari pasti ditemui!Namun pastinya Allah adalah lebih hampir dari urat tengkuk mu untuk menilai ketulusan hatimu terhadap agama.
Sekang kita sedang menghitung "apa yang masih ada pada islam untuk dipertahankan!"Hudud, Qisas sudah terlalu jauh untuk digapai. Riba?Terlalu jauh untuk diatasi. Arak?Judi?Pusat hiburan?Terlalu bermaharaja lela. Aqidah? Sudah digugat keyakinannya dengan kes murtad. Bermacam-macam...Hitunglah,mungkin anda lebih maklum dengan Malaysia lebih daripada saya...
Di hari ini, sebelum masyarakat ini binasa,kita disini dan sedang membaca. Selepas ini pada anda dan saya ada dua pilihan. Diam atau bertindak! Mungkin tiga pilihan mungkin empat pilihan. Yang pasti kita sedang dipersimpangan. Persimpangan untuk memilih. Saksikanlah...aku telah menyampaikan.
Sumber : arkib artikel daripada www.theriseofislam.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment