Langadan Kundasang.
Labels: ada nilai tarbiyah, Diari, kenangan, perkongsian rasa hati, Program
Kami di sambut mesra oleh sahabat KRU dan Eno. Jubair sahabat sekelas ana masa tingkatan 4 antara orang sahabat KRU sana.
Sesi Taaruf dimulakan. Ana tidak mengambil perhatian. Sebab, berfikir, apa nak buat..ana banyak mengkhayal.huhu..harap tiada yang perasan.
Hakikatnya, apa yang kami dah rancang untuk lokasi di kunsadang terpaksa dirombak.
Ana tidak terfikir apa-apa. Sangat kosong. Ana diburu segan dengan sahabat PSS. Bila mereka yang merancang lebih banyak dari kami. Apa pun, syukran Jazilan kathiran..=)
Pengarah pun banyak peranan di sini, Kak Wani apa lagi. Ana ikut saja. Akhirnya, ada juga tempat penginapan dan itu yang pertama ana fikirkan..Kemudian aktiviti..
Pasal aktiviti, akhirnya kami tetapkan..pagi tu kami akan berjalan untuk menziarah. Sambail bawa sumbangan. Sumbangan? PSS yang sediakan, tambah segan.
Lepas tu, akan ada LDK selepas zohor.
Ana ikut rombongan berziarah. Sebenarnya , seronok sangat. Yalah..berjalan..he..
Kak Wani dan Kak Patma akan tinggal menjaga barang.
---
Kami mula bergerak. Husna dan Nasrah bergerak bersama ana..=)..Bakal Srikandi Sabah tu..
Sempat lagi bergambar. Satu jak ana selamat ambik gambar. Gambar-gambar lain belum di copy dalam laptop ana.
Rupanya Kampung Sasaran kami kali ini berbukit...Faham-faham sajalah kalau berbukit. Kena guna ‘grado’..Ana bawa borang soal selidik, nasrah bawa risalah..eh betul ka..Nasrah?lupa la..
Mendaki la kami, sahabat muslimin bawa segala sumbangan. Berat gak tu. Tapi sesuai degan kudrat mereka. Kami ikut si Eno jak. Dia ni, anak kepada JKK Kampung Sinisian..Rupanya , Si Eno ni pernah jejak kaki ke rumah ana dengan familynya. Kenal bah mamanya dangan bapa ana..Bapanya pun. Kami menginap di rumahnya juga malam tu..Best layanannya. Bapa dia kelakar..Tanyalah sahabat muslimat, tak kering gusi malam tu..
Rumah pertama macam tidak berpenghuni, mereka jalan kot.Kami berpindah ke rumah lain. Naik turun bukit jadinya.
Cabarannya, kami terpaksa menghadapi penduduk kampung yang berbahasa dusun sentiasa. Ana seorang jak dusun selain Eno. Mungkin betullah, Pendakwah di Sabah ni, kalau bukan orang tempatan memang kena belajar bahasa ibunda orang tempatan, Bukan dusun jak, bajau, murut, brunei..
Ada saja yang boleh berkomunikasi dalam dusun selain kami. Itu contoh terbaik la tu.
Petang tu kami nda jadi buat LDK yang dirancang. Adik-adik yang datang kecik-kecik semua. Comel lagi tu. Ana teruji juga petang tu. Ana anggap perjalanan yang ana buat hari tu adalah takdir ALLAH. Ana buat sa’ie..ulang alik dari tempat program, di Balai Raya ke Masjid.
Betul kata pengarah, rugi tak pandai bawak motor. Ana pandai bawa, tapi masih fobia dengan kemalangan hari tu.
...Bleh baca cerita seterusnya di blog ni..http://saifulmujahidah.blogspot.com/2010/06/langadan-kundasang.htmlhttp://saifulmujahidah.blogspot.com/2010/06/langadan-kundasang.html
*****
Alhamdulillah..kini, JELAJAH DAKWAH SABAH KEDUA akan menyusul..Perkembangan akan diupdate selalu..insyaALLAH..
Namun, sahabat sekalian, bukan mudah melaksanakan program ibarat memetik jari..dana antara cabaran kita sekarang..Jadi sesiapa yang ada walau dua puluh sen nak sumbang, kami buka tangan seluas-luasnya, dan bagi kami, itulah tanda sokongan sahabat semua pada gerak kerja dakwah di Sabah..Ladang Dakwah terbesar selepas Sarawak..
Maka, sila inform kalau nak akaun number ya..hubungi ana, Azimah : 0132334707..
berikut sedikit info program:
Kerjasama MARSIS,PSS & Belia Masjid Bandaraya.
Lokasi: Pulau Gaya, Sabah
Sasaran peserta: 30 orang
Aktiviti: keluarga angkat, bimbingan fardhu ain, program khidmat masyarakat, sukaneka ..
Sekian, makluman..maaf..doakan kami semua suksess..
0 comments:
Post a Comment