Thursday, January 09, 2014

ISU NAMA ALLAH - ADA PETISYEN ONLINE??

 http://firdauskhalil.files.wordpress.com/2009/04/isu-kalimah-allah.jpg


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Ulasan buku yang dijanjikan tidak dapat dilangsaikan dalam masa terdekat. Namun saya ingin berkongsi input yang diperolehi tentang ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH dalam penerbitan agama Kristian.

YANG MENGEJUTKAN SAYA...ADA PETISYEN ONLINE dari WARGA NEGERI SABAH?

dalam ruang masa saya melihat dan meneliti pandangan melalui maya. saya tersinggah dalam satu web komuniti negeri tercinta : http://www.sabahforum.com. dan mengejutkan saya bahawa penforum-pemforum dari pelbagai suku kaum disabah..dan ada yang islam dan kristian telah lama membincangkan isu ini. Dari tahun 2008 lagi ! LINK dan KINI..isu ini dibangkitkan semula diFORUM ini LINK

Hari ini juga telah diwujudkan PETITION ONLINE http://www.petitiononline.com/sabahan/petition.html untuk menuntut pertimbangan semula penggunaan nama ALLAH untuk agama mereka. sehinggga masa ini sebanyak 2996 signature telah dikumpulkan dari pelbagai jenis orang.setakat jam 6.00 petang : 18 MAC 2009.


Di satu pihak iaitu para ilmuwan dan agamawan masing-masing mengutarakan pendirian masing-masing tentang isu ini. Di satu pihak pula,segolongan masyarakat berforum membincangkan isu ini mengikut kefahaman mereka sehingga menghasilkan tuntutan petisyen supaya mempertimbangkan semula larangan menggunakan nama Allah dalam agama mereka.

DI MANA TITIK PERTEMUAN yang boleh menyelesaikan persoalan ini?


alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti diskusi ilmiah tentang isu ini,saya amat menantikan saat-saat ini,di kala minda disesakkan dengan pelbagai assumption dan pendapat sendiri..namun ini masanya,buat diri mengukuhkan dengan hujah dan dalil yang sebenar dari Al Quran dan Hadith.


pada 17 MAC 2009 bertempat disurau APIUM,diskusi ini diadakan. Ahli panelnya adalah Dr Fauzi Hamat (Pensyarah Jabatan Akidah & Pemikiran Islam UM) dan Prof.Rosdi (Pensyarah Fakulti Bahasa & Linguistik UM).

walaupun wujudnya pandangan yang membolehkan (1) (2) dan tidak kurang yang tidak membenarkan (1) (2) (3).


beberapa isi penting yang saya rasakan perlu dikongsi bersama melalui forum ini untuk membuka minda kita untuk berfikir solusi terbaik kepada ISU ini. Saya tidak menafikan setiap pendirian pihak di atas ada asasnya,namun masih ada ruang buat kita membina kefahaman dan pendirian tersendiri tentang isu ini.Sebagai UMAT ISLAM kita perlu jelas.


1) Lafaz ALLAH dari aspek bahasanya bukanlah musytarik lafzi (lafaz yang boleh mempunyai pelbagai makna). Contoh lafaz musytarik dalam BAHASA ARAB ialah : Musytari (yang membawa dua erti ; planet musytari dan pembeli dan ALLAH bukan musytarik lafzi yang membawa maksud pelbagai. ALLAH adalah TUHAN YANG MAHA ESA - tiada dua ataupun 3.

Membenarkan ALLAH digunakan oleh agama KRISTIAN bermakna membenarkan mereka mengertikan ALLAH mengikut konsep agama mereka (trinity)

2) berdasarkan surah Al IKHLAS :

-ayat pertama : katakanlah ALLAH itu SATU.

Penganut agama Kristian tidak layak menggunakan nama ALLAH,sebab mereka tidak mempercayai TUHAN itu SATU. Kalimah inilah yang dipertahankan oleh BILAL bin RABAH semasa diseksa di awal keislamannya : ahad...ahad...ahad.. . apakah dikira betul jika KRISTIAN yang terang2 mempertigakan TUHAN boleh menggunakan nama ALLAH sewenang-wenangnya.


-begitu juga dengan ayat 2-4 : secara jelas menyatakan ALLAH adalah suci dari sebarang penyelewangan seperti TIDAK BERANAK dan TIDAK DIPERANAKKAN dan dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan Dia.


-Secara JELASNYA ; agama kristian tidak boleh menggunakan nama ALLAH selagi mana mereka masih mengimani konsep trinity dalam agama mereka.


MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA.

Ini merupakan beberapa point yang saya ingin kongsikan bersama. Yang saya rasakan belum pernah diutarakan sebelum ini.


buat pertama kalinya saya melihat dari satu segi disebalik pelbagai kelemahan perlembagaan dan akta Malaysia-perlembagaan ini masih ada 'sense' membela ISLAM sebagai agama rasmi negara kita.


yang menyedihkan kita,di kala orang bukan Islam mempersoalkan isu-isu berkaitan ISLAM.

Umat ISLAM masih tidak bersatu. Ramai yang jauh dari mengamalkan ajaran ISLAM yang sebenar...AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR?apatah lagi. Dalam keadaan ini,kita tidak mempunyai kekuatan yang ampuh untuk mempertahankan agama ISLAM mahupun untuk memberi teladan (dakwah) yang sebenarnya kepada orang bukan ISLAM...


"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “bahkan ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih di permukaan banjir. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu ? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ”

(Hadis riwayat Abu Daud daripada Sauban)

sekadar lontaran dari diri yang masih belajar...

WaAllahu'alam.

Kebersamaan Teras Kebangkitan

http://intisor-islam.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment