Thursday, January 09, 2014

Bicara sulung PRESIDEN MARSIS sesi 2009/2010

ASSALAMUALAIKUM WBT

“Sesungguhnya saya sudah berkuasa ke atas kamu padahal saya bukanlah orang yang palig baik di kalangan kamu semua. Apabila saya baik bantulah saya . Apabila saya buruk luruskanla saya. Kebenaran adalah amanah, kebohongan adalah khianat orang yang lemah diantara kamu adalah orang yang kuat disisi saya. Sehingga saya mengembalikan haknya. Orang yang kuat diantara kamu semua merupakan orang yang lemah disisi saya sehingga saya mengambil hak daripadanya. Jika suatu kaum meninggalkan perjuangan (jihad) maka Allah menghina mereka Dan tidsk tersebarnya keburukan dalam kaum kecuali Allah akan mendatangkan bala bencana kepada mereka. Taatilah saya selama mana saya mentaati Allah dan Rasul-Nya. Jika saya melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya maka tidak ada ketaatan kepadan saya”

-saidina Abu Bakar As-Siddiq, ucaptama khalifah pertama-

Salam perjuangan buat mu Teman,

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t diatas nikmat iman dan islam, selawat dan salam keatas Rasul junjungan Muhammad s.a.w juga kesejahteraan ke atas para sahabat baginda s.a.w para tabi’in,atbaa’ut tabi’in, alim ulama’ dan seterusnya pejuang-pejuang Islam yang tetap dalam pendirian yang tegar memilih syahid sebagai jalan kematian…


Teman yang dihormati,

Sebelum melodi jari rancak menari terlebih dahulu saya ingin mengajak kalian semua berfikir sejenak, dihadapan sejarah anda semua. Dihadapan sirah perjalanan Rasulullah s.a.w, di hadapan kematian , di hari kebangkitan, di hadapan pertimbangan semua amalan, di hadapan titian jalan, dihadapan syurga dan neraka. Saya ingin mengaja kalia semua, berhenti seketika, memikirkan hari-hari yang telah berlalu, waktu-waktu yang terlepas begitu,tetapi bukan pada hari yang tentu! Tentunya dengan kepastian, tentunya dengan kedatangan, tentunya dengan perhitungan!

“Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Rabbmu) tiada sesuatu pun dari keadaan mu yang tersembunyi (bagi Allah)

(al-haqqah : 18)

Tahniah di ucakan kepada sahabat sebarisan, pimpinan Marsis Pusat 08/09 yang telah menyelesaikan amanah taklifan selama taklifan itu terpikul dibahu.

Takziah pula di lafazkan kepada Teman seperjuangan yang baru sebentar tadi diamanahkan dengan tanggungjawab yang amat besar selaku MT dan Exco Marsis Pusat sesi 09/10, sungguh amanah yang terpikul dibahu ini adalah taklifan yang merupakan suatu ujian daripada Allah s.w.t untuk meletakkan para pejuangnya pada tahap yang mulia dan tinggi andainya melepasi pelbagai tahap ujian tersebut..

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang BERJUANG dengan bersungguh-sungguh) diantara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang ynag sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”

(surah ali-imran:142)

Teman yang dihormati,

Kita menyakini setiap yang awal pasti ada penghujungnya, yang bermula pasti juga ada pengakhirannya begitu juga dengan amanah kepimpinan, sebagai sebuah pertubuhan gerakan dakwah sudah tentunya berlaku peralihan kuasa(amanah). Namun amanah kita sebagai seorang pendokong gerakan islam adalah taklifan yang kekal sehingga nyawa di kandung badan. Oleh itu amanah yang terpikul dibahu MT dan exco MP 09/10 bukan lah amanah yang hanya direalisasikan oleh pmpinan MP sahaja tetapi amanah ini juga adalah tanggungjawab kita bersama.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya;

“Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menzahirkan kebenaran. Tidak mudharat kepada mereka oleh orang-orang yang menyanggahnya hingga datangnya perintah Allah”.

Teman ku yang dikasihi Allah sekalian,

Pemuda kahfi adalah satu contoh yang terbaik unuk kita ambil ibrah daripada mereka. mereka bukan sahaja pemuda yang beriman yang menyakini Allah sebagai pencipta tapi mereka juga adalah pemuda yang berjiwa kental walau apa pun cabaran dan ujian dating menerpa,jiwa-jiwa ini tetap tegar mempertahankan keyakinan keesaan Pencipta.

Bagaimana pula kita mendidik diri kita supaya persis pemuda kahfi? Bagaimana kita mendidik diri kita supaya mengerti perjuangan sahabat Nabi? Sudahkah kita menjiwai peribadi Habib bin Zahid yang sanggup mempertahankan keislamannya di hadapan sang pendusta, Musailamah dengan menjadikan tubuh badannnya santapan mata pedang? Sudahkah kita menjiwai khubaib bin adi, masih sempat solat 2 rakaat sebelum kematian menjemput di tali gantung? Sudahkah kita mengambil iktibar daripada peristiwa Ashabul Ukhdud? Sejarah lampau telah membuktikan bahawa perjuangan adalah kembar dengan ujian.oleh itu kita perlu meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa apa yang kita junjung sekarang ini adala jemaah yang memperjuangkan islam yang dihadapannya berbagai ujian yang akan bertandang. Kita semua mesti memahami bahawa perjuangan bukan sekadar disini sahaja, bukan hanya di gelanggang kampus semata,tetapi lebih daipada itu menuntut kita setia dengan tiba MASA yang dijanjikan.

Saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian agar bersama-sama memperkuatkan jemaah selepas ini. Segala kenangan lampau, peristiwa hitam silam, kita sama-sama tinggalkan. Pisang jangan biar berbuah dua kali, perahu jangan biar ditebuk lagi.

Sama-sama kita menadah tangan berdoa semoga pimpinan yang baru ini mampu menterjemahkan matlamat Jemaah dengan lebih berkesan lagi Insya’Allah.

Izinkan saya menutup ucapan ini dengan mendendangkan serangkap puisi..

Tetap berjaya mudik ke hilir,

Walau disini kita berpisah,

Darah perjuangan tetap mengalir.

Sebuah perjuangan telah diabadikan,

Pahit manis satu kenangan

Obor perjuangan perlu dimarakan,

Samalah kita cetus kebangkitan.

Sekian Salam Ukhwah Sekencang Dakwah..

Hendri bin Hamsah
PRESIDEN MARSIS 09/10)

0 comments:

Post a Comment