Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua
sahabat yang insya’ Allah masih berusaha untuk menjadi seorang hambaNYA
yang bersyukur.Semoga iman dan Islam yang dianugerahkan itu masih
terjaga dalam niat kerana Allah.
Sebelum saya memanjangkan kalam ini,izinkan saya
menghadiahkan kepada kalian sepotong Kalamullah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar
kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil
peringatan mematuhiNya ” – Surah An-Nahl,ayat 90.
Sekarang ini sahabat,negeri kita berada dalam
keadaan yang sangat genting dan mendesak.Kezaliman yang dilakukan orang
pihak yang tidak bertanggungjawab membuatkan rakyat negeri kita senyap
daripada membuat sebarang pengaduan.Ini berlaku bukan kerana mereka
berasa takut tetapi kerana mereka sudah ketahui bahawa aduan mereka
hanya akan dipandang sepi.
Berikut antara aduan pencabulan hak tanah adat
atau Native Customary Rights Land ( NCR ) yang masih lagi tidak
diselesaikan sehingga ke tahun 2012 ini :-
1. Pemprosesan permohonan tanah dan pengeluaran geran, dan lain-lain
(Jabatan Tanah dan Ukur Sabah) = 632 aduan
2. Pengambilan Tanah/Land Acquisition (Jabatan Tanah dan Ukur Sabah) = 53 aduan
3. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet sebagai hutan simpan
(Jabatan Perhutanan Sabah) = 63 aduan
4. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet kepada SAFODA (Sabah Forest Development Authority) = 23 aduan
5. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang
diberikan kepada LIGS/Agropolitan yang diusahakan oleh LIGS (Lembaga
Industri Getah Sabah) = 6 aduan
6. Tanah NCR termasuk dalam kawasan SFI (Sabah Forest Industries) = 3 aduan
7. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet kepada SLDB (Sabah Land Development Board) = 3 aduan
8. Tanah NCR termasuk dalam kawasan yang digazet kepada Jabatan Parit dan Saliran = 1 aduan
Bagi saya,ini antara aduan yang diterima secara
rasmi.Belum lagi aduan dan rampasan yang berlaku secara tersembunyi oleh
mana-mana pihak yang tidak jujur dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan oleh rakyat.Oleh itu saya menyeru kepada semua sahabat agar
turut serta menyatakan sokongan NGO TABAH pada 12 Mac ini dalam usaha
untuk menuntut pembebasan kezaliman terhadap pribumi Sabah yang
tertindas selama ini.
Adalah menjadi tanggungjawab kita selaku
mahasiswa yang berada di perantauan untuk menyebarkan dan memahamkan
kondisi sebenar negeri kita kepada rakyat agar mereka jua menjadi
individu dan komuniti yang peka.Sebarkan kebenaran selagi mana ianya
tidak melanggar syariat Allah.Dua perkara yang perlu dijaga dan diambil
kira iaitu Syariatullah dan Sunnatullah.Jika dua ini beriringan,insya’
Allah kita tidak akan lalai.Seumpama pelajari ilmu fardhu kifayah (
Sains,Kalkulus dan sebagainya ) dan ilmu fardhu ain ( Solat,Baca
al-Quran,pengurusan jenazah dan sebagainya ) yang mana jangan ambil
salah satu dan jangan pula tinggalkan salah satu.Ambil keduanya agar
penghayatan ilmu dan taqwa kepada Allah bertambah.
Akhir kata dari saya,sahabat semua dan saya
sendiri agar dapat menjaga prinsip dan pendirian untuk mencari kebenaran
selagi hayat dikandung badan dan sepanjang menjadi musafir di atas bumi
ini.Kita adalah khalifah Allah.Tugas kita selain menuntut ilmu,kita jua
seorang hamba Allah,seorang anak,seorang pejuang,seorang pemimpin dan
seorang ‘manusia’.Seimbangi urusan dunia dan akhirat.Paling
penting,bijaklah dalam membuat pilihan.
Timbalan Presiden,
Siti Rosinah.
Friday, January 10, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment